Bismillahirahmannirahim... Assalammualaikum. W.B.T
Syukur alhamdulilah kerana memberikan saya sebuah keluarga yang baik dan memahami saya.. walaupun sekarang saya dah memiliki dua keluarga...hehe... nak tahu kenapa saya kata saya ada dua keluarga.. sebab mak dengan ayah kandung saya masing-masing dah bina keluarga baru.. tapi saya bersyukur kerana memiliki ayah dan mak tiri baik...
Terima kasih pada mak dan abah yang banyak memberi kata-kata semangat pada saya untuk perbaiki diri ke jalanNYA... banyak memberi kata-kata nasihat.. Mereka tersenyum bila melihat perubahan saya... saya nak jadi anak yang solehah di mata ALLAH SWT dan keluarga... itu impian saya..
Terima kasih pada kakak-kakak saya tak jemu-jemu memberi kekuatan pada saya untuk maju ke depan... Tapi syukur alhamdulilah ALLAH SWT memakbulkan doa mak dengan saya untuk melihat perubahan kakak-kakak saya... Tapi saya tidak pernah berhenti berdoa untuk mereka yang saya sayangi...
Terima kasih adik-adik terunaku... kerana selalu mendengar bebelan kakakmu ini.. saya sebenarnya tak suka nak membebel ini... Tapi adik-adik saya yang buatkan saya suka membebel... saya nak mereka menjadi seorang lelaki yang baik di mata ALLAH SWT...
InsyaAllah kalu dipanjangkan umur untuk saya berkahwin... Saya nak bahagiakan keluarga dahulu baru orang lain... itu yang saya mahu dalam hidup saya... kerana selama 20 tahun saya hidup dengan keluarga... keluarga yang lebih mengenali saya...
dari saya.... (anak puan zuraida dan en fuad..)
This me..
Monday, 4 February 2013
Solat WITIR...
Bismillahirahmannirahim.. Assalammualaikum. W.B.T
Syukur alhamdulilah kerana masih diberi peluang untuk diri ini berubah ke arah yang lebih baik... Hari ini saya nak kongsi solat yang paling disukai oleh Nabi Muhammad SAW.. iaitu solat witir...
Syukur alhamdulilah kerana masih diberi peluang untuk diri ini berubah ke arah yang lebih baik... Hari ini saya nak kongsi solat yang paling disukai oleh Nabi Muhammad SAW.. iaitu solat witir...
...SOLAT WITIR...
Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)
Fadhilat Solat Witir
1. Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3. Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat kelak.
Cara Melaksanakannya:
.
1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
2. Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
.
3. Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.
4. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.
5. Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.
Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”
.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”
WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR
.
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)
2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:

3. Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:

4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:

5. Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir

Hukum Tangguh Witir ~ Harus
.
- Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
- Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
- Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Tidak ada dua witir pada satu malam.”
.
Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”
.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ.
Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
Sunday, 3 February 2013
aku hamba yang HINA...
Bismillahhirahmanirahim.. Assalammualaikum W.B.T..
Syukur alhamdulilah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di atas bumiNYA... bertapa indah berada diatas landasan cinta illahi... menghayati ciptaanNYA yang ada di langit mahupun di bumi...
aku hanya hambaMU yang hina... aku hambaMU yang berdosa... bertapa diri ini malu ketika mengadapMU.. menitis airmataku tika mengucap setiap ayat-ayat suciMU...
aku tidak pernah lari dari melakukan kesilapan... tapi aku sedar... aku kembali menginsafi diri ini... setiap hari aku menulis kisah ilmu Allah di laman social... bukan bermakna aku sempurna... aku masih mencari dan perbaiki segala kekurangan dalam diri ini... didalam aku berkongsi ilmu Allah bersama-sama dengan sahabat-sahabatku dalam masa yang sama aku meningkat ilmu Allah dalam diri ini...
aku tidak berniat ingin menunjuk yang aku ini alim cuma ingin memberi peringatan buat diri ini... bertapa dunia ini bukan selamanya buatku... dunia hanya permainan semata-mata... yang cuba mengaburi mataku dari mengingati akhirat... tapi aku sedar kematian sentiasa hampir dengan aku... aku tidak mahu mengadapNYA dengan dosa-dosa yang menimbun di atas bahuku... aku ingin mengumpul pahala di atas di dunia ini sebelum aku mengadapNYA...
Bila diri ini didalam kerunsingan AL-QURAN menjadi penemanku...
Bila diri ini didalam tidak tenang ZIKIRULLAH menjadi penemanku...
Bila diri ini didalam kekosangan SOLAT menjadi hatiku penuh dengan rasa cinta...
aku akan terus meningkat iman dalam diri ini... terus bermuhasabah diri... demi menjadi hamba yang berada dalam redhaNYA... insyaAllah...

Subscribe to:
Posts (Atom)