This me..

This me..

Sunday, 10 November 2013

Kisah AL MUQIT ISKANDAR...

Bismillahhirrahmannirrahim.. Assalammualaikum..

Syukur Alhamdulilah masih diberi peluang untuk menulis disini.. dah lama tak tulis blog.. harini ada masa juga nak menulis.. walaupun dah pukul 12 malam.. pun time macam dah tidur.. biasalah nama pun cuti haruslah tidur lambat.. nanti dah start kelas kenalah tidur awal...

asyik bercoleteh je baik kita balik pada tajuk diatas.. siapa ye Al Muqit Iskandar?...
Nilah adik kelapan saya.. huhuhuhu... mesti ramai yang tak percayakan.. saya dah 20 tahun boleh lagi dapat adik.. itu namanya rezeki dari ALLAH SWT buat keluarga saya...

Al Muqit Iskandar dilahirkan pada 28/6/2013.. dengan berat 2.9lebih.. kecil je kan.. nama itu diberi sering oleh mak saya.. Masa tu saya jauh di perak tak dapat nak ikut sambut baby Muqit.. Setiap masa kakak kedua saya akan update pasal mak kat saya.. Sampai terlelap saya menunggu akhirnya pada pukul 11.55 malam saya dapat call dari kakak kedua saya yang mak saya selamat melahirkan baby lelaki..

Beberapa bersyukurnya saya bila mendengar mak dan baby selamat.. esoknya kakak kedua saya hantar gambar mak saya tengah gendong baby Muqit... nak tengok gambarnya..

masa ni baru 1 bulan..


ni dah dekat 2 bulan lebih
sukanya dia...

alah muka sedihnya...

saya suka sangat dengan baby.. rasa nak cium dan peluk je baby setiap hari tapi saya kan belajar kena balik asrama.. time cuti je dapat jumpa baby muqit... rasa sedih pula.. T_T

p/s: Hari selasa dah nak balik Perak... bye bye Pasir Gudang.. hai hai Ipoh..






Thursday, 2 May 2013

BAKAL masuk kelas semula....

Bismillahhirrahmannirrahim... Assalammualaikum.. W.B.T...

Syukur alhamdulilah kerana masih lagi bernafas diatas muka bumi ALLAH ni... untuk terus perbaiki segala kelemahan dalam diri ni... macam tak percaya cepat masa berlalu dah masuk pertengahan tahun dah dan bula ramadah pun dah semakin hampir... semoga ALLAH SWT masih memberiku peluang untuk menyambut bulan ramadan...

dah masuk tahun terakhir dah... tut..tut.. dah berline 'TIGA'... ada lagi dua sem nak score... nanti dah nak pi posting... huhuhu (takutnya).. sebab nanti nak masuk alam perkerjaan... rezeki ALLAH SWT dah tentukan...
asalkan kita kena berusaha keras untuk dapatkan pointer yang baik untuk tahun akhir ni...

jadual kali ni padat... tapi tak apa... perjuangan mesti diteruskan... demi keluarga dan masa depanku...
dalam masa yang sama boleh dekat diri dengan ALLAH... kalau tak berusaha macam nak berjaya... kena rajin-rajin... hehehe... apa yang mengarut ni... ni tandanya bila dah bosan...


padatkan...
hehehe...

sekian dari saya...





Wednesday, 1 May 2013

3 minggu BERCUTI...

Bismillahhirahmannirrahim...Assalammualaikum w.b.t

syukur alhamdulilah kerana masih diberi peluang untuk berkumpul bersama family.. nanti dah nak balik perak untuk teruskan tanggungjawab sebagai pelajar... tinggal lagi setahun untuk bergelar 'STUDENT' nanti dah nak masuk alam perkerjaan pula... macam tak percaya dah nak habis belajar dah... umur pun makin meningkat dalam masa yang sama fikiran pun makin matang...

okey kita balik pada tajuk diatas... setiap kali cuti saya akan balik ke Pasir Gudang, Johor.. untuk bertemu dengan family tercinta... sepanjang cuti kerja saya 'makan' je... biasa sebab mak saya kan tengah mengandung... banyak benda yang mengidam sampai saya pun ke ikut sekali makan... tapi apapun best sebab makan ni pun ada orang belanje... hahaha... (gelak jahat)...

nanti dah balik hostel terpaksa mengadap 'Meggi' balik... tak makan selalu kadang-kadang je makan... nilah dugaan belajar dan berjauhan dengan keluarga... terpaksa berdikari sampai bila nak duduk bawah ketiak mak lagi... hehehe (ayat)...

haritu kebetulan mak teringin nak makan 'Mee Kari' tapi kat johor ni ada pun 'Mee Rebus je' sesiapa yang teringin nak makan mee kari terpaksa masak sendiri gamaknya... tapi mak dah tak larat nak masak... jadi kita pergi ke 'OLD TOWN' selera baby kali menjadi-jadi... tak apa asalkan sihat adik kita dalam perut tu...


'Cendol kesukaanku'
leganya bila minum air ni


'Chicken chop'



'tak tahu ni apa namanya'
yang tahu aiskrim je...


ayah tiri okey... ikut je kehendak baby dalam perut nak makan apa... saya gembira bila melihat mak saya bahagia dengan kehidupannya sekarang... perkara yang lepas biarkanlah berlalu... semenjak balik rumah selalu je tidur lambat... biasalah nama pun 'Holiday kan' jadi boleh je nak tidur pukul berapa... kalau kat hostel asyik teringat nak pi kelas je... dengar je bunyi jam kat sebelah terus bangun tapi bila time cuti bunyi jam pun dah tak dengar dah... teruknya kan saya...

setiap kali balik rumah rajin pula nak 'Menjahit'... semua nak dijahitnya... hahaha (belajar namanya dalam masa yang sama cari kerja) alhamdulilah usaha itukan tangga kejayaan saya cuba untuk jahit tudung labuh saya... masa saya beli tak jahit tengah jadi terpaksalah jahit sendiri... cubaan pertama tu tak jadi sebab kat bahagian muka tak muat jadi terpaksa buka balik dan jahit balik... akhir cubaan kedua jadi bertapa bersyukurnya... dari pukul 9 malam sampai pukul 11 malam baru siap sehelai...

'tudung hasil jahitan tanganku'
tak cantik mana pun jahitnya..
asalkan tuannya puas hati...
cukuplah..

harini mak ajak pergi tesco temankan mak... sweet je mak saya harini pakai jubah... sempat saya snap curi-curi.. tapi akhirnya...


opss... sekali mak pandang saya...
apa lagi cepat-cepat sorok handset...
buat-buat tengah mesej...


niyh muka budak yang paling teruja datang tesco..


tengokk tu senyum je bila dah dapat barang mainan...


Ajum dengan gaya rambut terbarunya..
 Bak kata ajum 'halusss je' siap tunjuk gaya lagi...

semoga ku mampu membuat mereka tersenyum dengan kejayaan ku satu hari nanti... doakan uda berjaya dunia akhirat... i love my family... uda tak lupa keluarga walaupun uda berjaya nanti...

-sekian dari saya-











Tuesday, 9 April 2013

cerpen: kisah huda dan hana


Azan subuh bergumandang menandakan masuk waktu subuh, seperti biasa puan raudhah akan mengejutkan dua anak gadisnya. Puan raudhah mengetuk pintu bilik anak gadisnya ‘Along.. angah..bangun dah masuk subuh’ teriak puan raudhah disebalik pintu.

Huda yang terdengar suara umminya dari luar pintu biliknya lalu dia bangun untuk membuka pintu. Puan raudhah melihat anak sulung sedang mengosok mata ‘ Along dah bangun.. kejutkan angah tu. Lepas  tu siap kita solat berjemaah ye’ puan raudhah berlalu meninggalkan anak sulungnya.

Huda melihat adiknya sedang nyenyak tidur ‘Angah.. bangun.. dah subuh dah’ huda mengoncangkan badan hana. Hana bangun lalu ‘Along.. bagi angah lima minit boleh’ lalu hana rebah kembali di atas katilnya. Huda mengelengkan kepala, Cuma ada satu jalan je untuk bangunkan adiknya seorang ni.

Huda berlalu ke dapur dan kembali membawa segelas air lalu direnjiskan di atas muka adiknya ‘Susah betul nak kejutkan budak seorang ni’ kata huda yang masih merenjiskan air dimuka adiknya. Hana terus terbangun bila terasa basah dimukanya ‘ Along!! Apa ni’ jerit hana. huda tersengih-sengih bila mendengar jeritan adiknya.

Itu gelagat huda dan hana, encik luqman dan puan raudhah faham benar dengan sikap hana yang paling susah nak bangun pagi. Huda seorang gadis yang lemah lembut orangnya dan hana pula seorang gadis yang kasar sikit tapi still ada lembutnya lagi. Setiap hari huda dan hana akan pergi ke sekolah menaiki basikal sebab sekolah kami tak jauh mana pun. Adik lelaki kami pula manja dengan ayah sampai pi sekolah pun kena hantar bagai biasalah darjah 6.

‘Hana cuba try tidur awal. Mesti boleh bangun subuh tak yah kena simbah air lagi dengan along’ kata huda. Hana masih setia mengayuh basikal.
Betul juga cakap along tu. Hana ni asyik mengadap laptop je sampai tidur pun tak nak sibuk melayan kawan-kawan kat facebook katakan. ‘ dengar tak along kata ni’ tanya huda. Hana sekadar menganguk.
…………………………..
Selalu time rehat huda dengan hana akan rehat bersama sampai kawan-kawan sekelas hana macam tak suka bila melihat dua beradik ni rapat sampai rehat nak bersama. ‘hana. harini hang rehat dengan kami tak leh ke’ keluar sudah loghat kedah si zaleha. ‘kenapa pula. Habis kakak hana macam mana’ jawab hana.  ‘kakak hang suh lah dia rehat dengan kawan-kawan dia’ cadang zaleha . didalam mereka membincang kakak hana muncul di pintu belakang kelas.

‘angah, jom kita pi rehat’ hana rasa bersalah nak cakap macam tu dengan kakaknya. ‘Along, boleh tak harini angah nak rehat dengan kawan-kawan angah pula’ huda tersenyum lalu mengangguk. Hana memeluk kakaknya ‘terima kasih along’. Hana berlalu meninggalkan huda dan pergi bersama dengan kawan-kawan ke kantin. Huda hanya menghantar dengan pandang yang sayu ‘Along, nak hana tersenyum tu dah cukup bagi along’ lalu airmata yang mengalir cepat-epat dia mengeluarkan sapu tangan untuk menghapus airmata yang mengalir tu.
……………………..
Setiap petang ummi dengan along mesti cuba resepi baru untuk makanan petang mereka sekeluarga. Hana hanya tahu nak jadi juri je, nak tolong masak macam-macam asal yang dia bagi. ‘Angah ni resepi baru dari along dengan ummi. Cuba rasa’ huda menghulurkan piring yang berisi ‘kek koko kukus’. Ni masanya untuk cik hana memberi bintang pada ummi dan along. Begitu selera hana makan sampai pejam mata sebab nak rasa nikmat kek tu.

‘Rasanya macam pelik sikit’ hana memberi komen tapi tangan masih ligat mencuit kek kat dalam piring untuk yang kali kedua. Huda mencubit lengan adiknya ‘ saja je yang kenakan along dengan ummi’ hana menjerit ‘ ummii.. tengok along tu nak cubit-cubit orang pula’ puan raudhah ketawa bila melihat gelagat dua puterinya dah besar panjang.

‘ Apa yang bising-bising.. sampai keluar boleh dengar’ encik luqman menegur anak-anaknya gadisnya. Puan raudhah menghulurkan tangan untuk salam suaminya.  ‘Along.. ni ayah suka-suka cubit orang’ hana menunjukkan tangannya merah sebab kena cubit dengan huda.

Puan raudhah memotong kek untuk suami dan anak terunanya ‘Ayah jangan lupa bagi komen tau. Ni along dengan ummi yang masak’ Kata huda.  ‘ Tak sedapkan ayah’ sangkal hana.
Encik luqman memberi komen ‘ SEDAP. Nanti ayah nak rasa masakkan hana pula’ Huda tergelak bila mendengar komen dari ayahnya. Hana tak puas hati dengan komen ayahnya yang masukkan sekali namanya. ‘Huda akan ajar angah masak ayah. Jangan risau ye ayah’ jawab huda sambil memeluk bahu hana.

Adiknya hafiz minta nak lagi kek dari puan raudhah ‘Kalau angah masak rasanya Adik taknak makan takut tak sedap’ hana bangun dan cubit pipi adiknya ‘ohhh. Tak apa nanti kalau angah masak. Gerenti adik terbayang-bayang nak lagi’ sangkal hana.
…………………
Hana pelik juga setiap malam pasti along akan makan ubat. Bila tanya makan ubat apa katanya makan ubat untuk hilang sakit kepala. ‘ Along, cuba tengok muka kita sama tak’ usik hana. huda masih mendiamkan diri di katilnya.

‘Alongggg… ‘ panggil hana. huda memandang adiknya ‘Ye angah’ jawab huda.
‘Along ada suka kat seseorang tak’ huda pelik dengan pertanyaan hana. huda sekadar mengeleng tanda tidak ada.
‘Kenapa? Angah ada suka seseorang ke’ tanya huda pula pada hana. hana hanya mengangguk tanda ada suka seseorang.
Huda bangun lalu menghampiri adiknya. ‘ Kalau angah suka seseorang dari sekarang angah kena ubah perangai angah tu’ kata huda. Hana memcebik mulutnya. banyak kekurangan dalam diri aku ni tapi apa ye?
‘Angah kena jaga hubungan hana dengan ALLAH dulu’ huda memberi cadangan pertama pada hana. Hana mengangguk tanda setuju dengan cadangan kakaknya. ‘ Kalau macam tu, Hana mula esok’ huda tersenyum melihat semangat adiknya.
…………………………………………….
Esok paginya puan raudhah dan encik luqman terkejut bila melihat anak keduanya dah bangun terlebih awal dari mereka. ‘Selamat pagi ayah.. ummi’ encik luqman dan puan raudhah mengucapkan kata syukur pada Allah kerana makbulkan doa mereka untuk melihat perubahan anak kedua mereka.

Huda bersyukur sangat bila melihat adik keduanya tu dah boleh bangun sendiri dah tak yah nak kena simbah dengannya lagi. Sepanjang perjalanan ke sekolah, hana lebih banyak memdiamkan diri dari berkata-kata biasanya dia yang banyak cakap. ‘Along tengok angah dah banyak berubah’ huda tersenyum bila melihat adiknya tersenyum bahagia.

‘Entahlah along. Angah rasa tenang sangat bila time pagi-pagi macam ni’ jawab hana. ‘Along..jom kita lumba nak siapa sampai sekolah dulu. Siapa yang kalah balik ni dia kena masak’ hana memberi cadangan. Huda sekadar mengangguk tanda setuju dengan cadangan adiknya. Huda tahu mesti dia akan kalah dengan adiknya yang seorang ni.

Sampai je kat depan pagar sekolah, hana memberhentikan basikalnya, hana ternampak wajah lelaki yang dia suka kat depan pagar sekolah. ‘Angah. Kenapa tak masuk lagi ni’ tanya huda. hana menarik tangan huda lalu menunjuk ke arah lelaki yang kat depan pagar sekolah. ‘ itulah lelaki yang angah suka dalam diam along’ huda bagai terkejut bila melihat lelaki yang adiknya suka.

‘Dahlah, angah jom kita masuk nanti tak pasal-pasal kena tahan’ huda berlalu menolak basikalnya hana hanya mengikut dari belakang. Sampai je kat pagar hana terdengar lelaki yang dia suka tu memberi salam padanya. Bertapa gembiranya hatinya, ‘ sabar ye wahai hati’ hana mengusap jantungnya berdegup laju.

Hana leka sampai  bunyi loceng pun tak sedar.  ‘wei.. hang tak pi rehat ke’ tanya zaleha. Hana memandang wajah kawannya ‘ hana rasa kenyang’ hana menghadiah senyumnya pada zaleha. Zaleha berlalu dan mengajak suhana rehat dengannya. Huda berlalu mencari adiknya didalam kelas, bila huda melihat zaleha dengan suhana je kat kantin. Tak akan tahan lagi perut hana pagi tadi huda nampak adiknya Cuma ambik roti dengan susu je.

Sampai je depan kelas, huda melihat adiknya sedang mengadap papan putih yang kosong. ‘ sakit ke angah ni’ huda menghampiri meja adiknya lalu meletakan tangannya didahi adiknya. Hana terkejut ‘ Apa ni along.’ Marah hana. Huda lalu mengambil tempat disebelah adiknya.

‘ Kenapa tak pergi rehat dengan kawan-kawan hana’ tanya kakaknya. Huda menghulurkan kuih pau kesukaan adiknya. Hana mengambilnya ‘ Along.. okey tak abang faris tu’ huda hanya mengangguk tanda okey  juga citarasa adiknya. ‘Angah.. Tapi angah jangan terlampau berharap pada dia’ kata huda. hana mengeluh betul juga kata-kata kakaknya nanti mana tahu suatu hari nanti dia dikecewakan tambah-tambah nak PMR tahu ni.

‘ Tak salah kita nak menyimpan rasa hati pada seseorang tapi jangan terlampau mengharapkan yang si dia bakal jadi milik kita sebab jodoh dah ditentukan oleh-NYA. Jangan berhenti berdoa pada-NYA’ huda memberi nasihat pada hana yang terlalu mengejar cinta yang belum pasti.

Hana menunduk malu dengan sikapnya terlampau lalai dengan hasutan syaitan. Hana tersenyum memandang kakaknya ‘ terima kasih along kerana sedarkan angah’ huda lalu memeluk bahu adiknya. Huda bangun ingin berlalu ke kelasnya lalu tangannya ditarik oleh hana ‘ Along seorang kakak yang baik. Hana bersyukur dapat kakak macam along’ tulus hana meluahkan rasa sayangnya pada huda. huda mengusap kepala hana dilapik tudung ‘ hana pun seorang adik yang baik dan yang paling along sayang’ huda cubit pipi adiknya sebelum berlalu keluar.
…………………………
‘Ummii.. hari ni biar along yang masak. Sebab pagi tadi along dah kalah dengan angah’ hana masih ingat dengan perlumbaan pagi tadi. Huda hanya tersenyum ‘ Angah nak makan apa’ tanya huda. hana ligat memikirkan apa menu yang sesuai untuk petang ni. Puan raudhah yang kebetulan ada urusan kat luar terpaksa huda masak makan petang untuk mereka sekeluarga.

‘Angah.. nak along buat puding roti haritu boleh tak’ cadang hana. huda mencari bahan untuk membuat puding kesukaan hana tapi ada bahan yang tak cukup. ‘Angah buah tak cukup’ terpaksalah hana keluar beli kat kedai pak din nampaknya.

Dalam huda menunggu hana, lalu ada cecair merah keluar dari hidungnya. Menitis kena tangannya ‘Ya allah, kenapa nak turun masa time macam ni’ huda bertegas lari menuju ke arah bilik air untuk bersihkan hidungnya.

Hana balik dengan tangan memegang plastik tin buah yang baru dibeli tadi. Sampai je rumah hana mencari bayangan kakaknya tapi tak ada ‘Along… along’ jerit hana. huda keluar dari bilik air dengan muka pucat, hana terkejut  bila memandang muka kakaknya ‘ along tak sihat ke’ Tanya hana. huda hanya mengeleng ‘ tak adalah along okey je’ huda cuba berlagak kuat didepan adiknya.

‘Okey, kalau macam tu apa yang harus hana tolong’ tanya hana. huda hanya tersenyum bila melihat bertapa semangatnya hana nak belajar memasak harini. ‘ hana tolong diam je’ hana memucungkan mulutnya bila mendengar kata-kata kakaknya. Huda memberinya kerja untuk tolong buka tin buah dengan susu cair.

Huda terasa badannya lemah sangat kepala terasa berdenyut-denyut ‘Ya Allah, kuatkan hambamu ni’ doanya didalam hati. Hana masih setia cuba membuka tin-tin yang disuruh oleh huda padanya. Huda tidak dapat mengawal dirnya lalu huda rebah di atas lantai. Hana terkejut lalu berlalu ke arah kakaknya ‘ Along… along..’ hana memukul muka kakaknya. Hana terlalu panic lalu dia mencapai telefon untuk menelefon ummi.
…………………………
Sampai saja kat hospital besar ipoh, huda dimasuk ke kawasan kecemasan. Ummi dan ayah masih setia menunggu, hana dengan hafiz membeli makanan dan air untuk mengisi perut mereka. ‘Angah.. macam mana along boleh pengsan’ tanya hafiz. Hana masih mendiamkan diri.

Hana dan hafiz pergi ke arah ummi dan ayah. ‘Ummi.. along sakit ke’ sangkal hana. puan raudhah dan encik luqman hanya diam je tanpa menjawab pertanyaan hana. hana terpandang seorang doktor perempuan yang cantik rupanya hana memandang nama kat nametagnya ‘doktor harlina’ dia datang ke arah ummi dan ayah.

Apa yang mereka bincangkan tu? Hana cuba nak dengar tapi tak boleh bila terdengar pelbagai suara kat kawasan kecemasan ni. Puan raudhah mengajak hana pulang bersama dengannya untuk mengambil barang-barang keperluan along. Along kena tahan kat hospital selama seminggu kata ummi.

Sampai saja kat rumah, hana terus berlalu ke bilik untuk mengemas barang along. Kali pertama hana menyentuh almari kakaknya sebab selama ni kakaknya cukup marah kalau dia menyentuh barang-barang miliknya. Hana begitu terkejut melihat almari kakaknya begitu kemas dan rapi, hana mengapai baju-baju dah masuk ke dalam beg. Hana tertarik satu baju lalu satu sampuk putih jatuh, hana mengambilnya ‘dari hospital’ tangan hana terus menarik isi didalamnya.

Hana membacanya lalu airmatanya mengalir ‘Kenapa selama ni along rahsiakan sakitnya’ puan raudhah berlalu ke bilik anaknya bila melihat hana sedang membaca surat yang selama di simpan kemas oleh huda. ‘ apa semua ni ummi’ menangis hana.  puan raudhah menghampiri hana ‘Ummi terpaksa rahsiakan kerana ke hendak along, hana’ puan raudhah memeluk hana untuk cuba meredakan tangisannya.

‘Dah lama ke along menghadapi sakit ni ummi’ puan raudhah mengangguk. Hana tidak menyangka kakaknya menanggung sakitnya sorang-sorang. ‘ hana kena kuat. Mesti along tak nak tengok hana macam ni. Kita kena bagi along semangat ye’ kata puan raudhah. Hana mengangguk lalu mengusap airmatanya ‘ Ummi boleh tak angah nak jaga along malam ni’ puan raudhah hanya mampu mengangguk memberi keizinan pada hana menjaga kakaknya malam ni.
……………………………
Hana tidak mampu untuk melangkah masuk ‘ Ya allah kau kuatkan hati hamba-MU ni’ hana menolak pintu ternampak sekujur tubuh yang terbaring lesung di atas katil. Airmata hana mengalir bila melihat wayar di tangan kakaknya lalu dipegangnya tangan kakaknya ‘ Along.. cepat sembuh ye. Angah nak belajar masak dengan along’ luah hana dengan airmata mengalir dipipi.

Hana terasa tangan digengam oleh kakaknya, hana menghapuskan airmatanya bila melihat huda membuka matanya. Huda mengalihkan pandangnya pada hana yang duduk disebelahnya.
‘Angah… along minta maaf tak dapat nak buatkan pudding untuk angah’ hana cuba menahan airmata dari mengalir. ‘ tak apa along, biar angah pula yang buat pudding untuk along’ jawab hana. huda hanya tersenyum hana tahu dalam senyuman tu kakaknya menanggung sakit yang kuat.

‘Angah.. along nak tidur kejap ye’ huda lalu melelapkan matanya. Hana memandang sayu muka kakaknya ‘ Ya allah kau kuat hati kakak ku mengharungi dugaan-MU’ doa hana didalam hati. Hana membaringkan kepalanya di sisi kakaknya.
……………………………
Doctor harlina kata pihak hospital masih tidak dapat perderma sumsum tulang yang sesuai. Banyak yang ummi dan ayah rahsiakan pada hana dan hafiz pasal kakak mereka. Katanya along bukan kakak kandung mereka berdua.  Ummi dan ayah ambik along bila dapat tahu kedua ibubapa along meninggal dunia dalam kemalangan. Masa itu ummi baru lepas keguguran, cerita puan raudhah dalam tangisan.

 ‘saudara mara along tak ada datang cari along ke ummi’ Tanya hana. puan raudhah mengeleng  tanda tidak ada.

‘Along.. tahu pasal ni ummi’ puan raudhah mengangguk. Allah sudah menuliskan apa yang akan berlaku semua ni dah takdir buat kakaknya. ‘Ya allah, kenapa baru sekarang kau tunjukkan padaku, ku tidak mampu menghadapinya’ hana menangis bila dapat tahu keadaan kakaknya makin teruk.

Hana menghampiri katil along, ‘walaupun along bukan kakak kandung angah, angah tetap akan sayang along sampai bila-bila’hana mampu meluahkannya dalam hati lalu memegang tangan kakaknya dan dikucup. ‘angah.. malam ni teman along ye’ hana sekadar mengangguk.
…………………………..
Malam itu huda terasa macam ada tenaga untuk berborak dengan adiknya. ‘Hana kena berusaha dapatkan yang cemerlang dalam pmr nanti tau’ huda meletakan tangannya diatas kepala adiknya. Hana mengangguk dengan senyuman.

‘Insha ALLAH along, hana akan ingat pesan along’ jawab hana. ‘ angah jangan lupa dengan segala apa yang ALLAH berikan pada angah. Walau apapun yang berlaku angah kena kuat’ huda cuba memberi kata-kata semangat pada adiknya. ‘Berbakti kepada keluarga selagi kita belum berkahwin’ huda tersenyum bila melihat hana cuba nahan dirinya dari menangis.

‘Angah.. kalau nak menangis.. menangislah jangan ditahan mata nanti jadi merah’ akhirnya mengalir jua airmata hana.  ‘ Kenapa allah berikan along sakit, kenapa tak angah je’ huda memegang tanganya adiknya. ‘ angah, sakit ni tanda ALLAH nak hapus dosa-dosa kecil kita, along redha dah takdir along sakit, itu tanda DIA sayangkan along’ hana memeluk huda.

‘ Tapi angah tak bersedia. Hana rasa macam mimpi je sekarang’ huda mengusap kepala adiknya.
‘Walau macam pun hana kena redha. Kuatkan hati. Ingat selalu pada ALLAH’ hana mengangguk dalam pelukan kakaknya. ‘Hana akan ingat kata-kata along’ huda mencium dahi adiknya.
‘ Along teringin nak jadi doctor. Tapi tak kesampaian angah’ huda melihat seorang doctor yang sedang merawat pesakit didepannya.
‘ kenapa along nak jadi doktor’ Tanya hana. huda cuba menerangkan ‘Sebab seorang  doktor lakukan semua ni kerana ibadat pada ALLAH. Dalam masa yang sama kita membantu orang yang memerlukan pertolongan dari kita’hana tersenyum memandang doctor yang sedang merawat pesakitnya.
……………………………..
Hari ni along dalam keadaan lemah selepas pengambilan air tulang sum-sum, mengalir airmata hana bila melihat kakaknya menangis menahan sakit. ‘ Ya allah, kau berikan kakakku kekuatan, ku tidak mampu melihatnya menderita’ hanya itu yang mampu hana doakan.

Setelah selesai, huda dibawakan ke wad biasa. Huda tidak boleh bergerak sebab masih sakit di bahagian tulang sum-sumnya. Huda menghulurkan tangan untuk bersalam dengan puan raudhah dan encik luqman

 ‘ Ummi..ayah  Terima kasih kerana dah besarkan along. Along tak akan lupa jasa ummi dan ayah pada along. along teringin nak bahagiakan ummi dan ayah tapi along dah menyusahkan ayah dan ummi pula’ tangis along.

Puan raudhah memeluk huda ‘Ayah dengan ummi cukup gembira bila dapat jaga along. along tak pernah menyusahkan ummi dan ayah tapi sebaliknya kami cukup bersyukur dapat anak sebaik along’ luah puan raudhah lalu mencium kedua pipi anaknya.

‘Terima kasih ummi.. ayah.. angah… adik’ hana memeluk kakaknya.
………………………………….
Hari ni doktor harlina memberi berita yang cukup gembira pada mereka sekeluarga katanya dah ada perderma yang sesuai. Hana begitu bersyukur sangat pada ALLAH di atas segala nikmatnya, huda hanya tersenyum ‘ Along.. akan sihat’ hana memeluk kakaknya.

‘ Perbedahan bila ye doktor ‘ tanya Encik luqman.

‘Akan di buat secepat mungkin. Itukan lagi bagus’ jawab Doktor harlina.

Doktor harlina pun berlalu meninggalkan keluarga tersebut. Puan raudhah dan encik luqman bersyukur sangat akhirnya ada jua perderma sum-sum tulang yang sesuai buat huda.
……………………………….
Esok merupakan hari perbedahan buat kakaknya. Hana menemani kakaknya ‘ Along kena kuat tau esok’ kata hana. ‘Hana doakan along ye’ jawab huda.

‘Kalau apa-apa berlaku pada along. Angah jangan buat ummi dengan ayah kecewa dengan angah ye’ kata huda lalu mencium pipi adiknya.

Hana menangis bila mendengar pesanan kakaknya. Huda mengelap airmata adiknya ‘ angah jangan nangis lagi nanti along tak dapat nak tolongkan lapkan airmata angah’ usik huda.  huda menitis jua airmatanya ‘ along pun sama cepat sembuh nanti angah boleh lapkan airmata along’  kata hana

‘Kalau panjanglah umur along, teringin sangat nak rasa masakan angah pula’ huda memegang tangan adiknya.
‘Insha ALLAH along. angah dah pandai masak sikit-sikit dah sekarang’ kata hana. huda gembira memdengarnya hana sekarang dah banyak belajar.

‘ Along kena tidur esok dah nak kena bedah dah’ kata hana.

‘Angah dah macam nurse along pula’ usik huda. huda lalu merebahkan dirinya dan melelapkan mata. hana macam biasa menemani kakaknya tidur.
………………………………….
Pagi-pagi lagi huda akan dibawakan ke bilik perbedahan ‘Ummi.. ayah.. maafkan along ye’ puan raudhah dan encik luqman mengangguk tanda memaafkan segala silapnya.
‘Angah.. ingat pesan along tau’ hana tersenyum menghantar kakaknya.

Hana menghantar kakaknya dengan pandangan sayu ‘Ya allah kau selamatkanlah kakakku’ hana berdoa semoga perbedahan berjalan dengan lancar.

Didalam mereka sekeluarga setia menunggu dekat 6 jam. Akhirnya doktor harlina keluar dengan muka tenang. Doktor harlina menghampiri keluarga encik luqman ‘ encik luqman,saya minta maaf saya dan doktor-doktor yang lain dah cuba yang terbaik tapi ALLAH lebih menyayangi huda. saya harap keluarga encik luqman kuat menghadapinya’ kata doktor harlina sebelum berlalu meninggalkan mereka sekeluarga. Encik luqman memeluk isterinya yang menangis dengan berita yang baru disampaikan oleh doktor harlina pada mereka atas pemergian puteri mereka semasa perbedahan dijalankan.

Hana redha dengan pemergian kakak kesayangannya. Walaupun didalam keredhaannya airmata setia mengalir ‘Along.. angah kena kuat macam mana along kuat menghadapi dugaan-NYA’ Kata hana bila mengingat kembali kata-kata terakhir alongnya.
…………………………………
Hampir 3 tahun huda pergi mengadap illahi, hana datang melawat pusara kakaknya dengan percapaian SPM nya. Setelah selesai membaca doa, hana mengusap nama kakaknya yang tertulis di batu nisan ‘ along.. angah dah berjaya.. angah akan tolong capaikan impian along nak jadi seorang doktor’ hana sentiasa mengingati kakaknya kerana kakaknya yang banyak mengubah dirinya menjadi yang lebih baik. ‘ Bahagia along kat sana, tak lagi menderita. Doa angah tetap bersama along sampai bila-bila…

Sekian…

Kasih seorang kakak sama seperti kasih seorang ibu…


Saturday, 6 April 2013

Cerpen: Bila hati mengingati pada-NYA

Bismillahhirrahmannirrahim... Assalammualaikum w.b.t

alhamdulilah selesai sudah cerpen pendek dari saya... saya harap anda semua dapat memberi komen bila dah habis baca nanti... kali pertama menulis.. ^_^selamat membaca...!!


Semenjak kali pertama menjejakkan kaki di negeri perak ni. Nurul hanya rapat dengan mastura iaitu merangkap ‘kawan sebilik’.Setiap hari nurul dengan mastura selalu bersama ke mana mereka pergi dah macam adik beradik dah. Nurul dengan perwatakan yang ‘free hair’ yang menyebab ramai yang pandang serong padanya. Katanya bakal bawa mastura ke jalan yang tidak baik, nurul faham dengan keadaan dia sekarang. Dia cuba jauhkan diri dengan mastura tapi nurul tidak mampu nak tinggalkan kawannya yang baik hati budinya.

Nurul mengambil angin di berenda sambil memandang ke dada langit yang di hiasi dengan bintang-bintang yang membuat hati tersenyum  didalam nurul sedang menghayati cipta ALLAH yang cantik dan indah itu.

 Kawan sebiliknya menegurnya ' Assalammualaikum  nurul' mastura memeluk bahu kawannya. 

‘waalaikummusalam mastura rupanya. tak ada apa tengah tengok bintang kat langit. Cantik kan’ kata nurul sambil menunjuk ke arah bintang yang bercahaya terang tu.

‘Semua cipta ALLAH itu cantik nurul, tapi hamba-hambanya yang merosakan kecantikan yang DIA bagi pada kita’ nurul tersentuh dengan kata-kata mastura. Mastura seorang sahabat yang baik yang tidak jemu memberi kata-kata yang membuat diri ni tenang dan damai.

Nurul memeluk mastura ‘ terima kasih mastura kerana memberi hati nurul tenang’ mastura hanya tersenyum.

………………………….

Suara azan bergumandang menandakan masuk waktu subuh. Nurul terjaga dari tidurnya bila mendengar suara azan diluar jendelanya. Nurul memelihat mastura sudah bersiap untuk menunaikan solat subuh.

Nurul bangun menghampirinya ‘ Mastura, boleh nurul nak solat sekali’ Mastura menoleh ke arahnya.

‘ Boleh. Nurul pergi bersihkan diri dulu. Mastura tunggu’ mastura menghadiahkan sebuah senyuman. Nurul pergi membersihkan diri lalu mengambil wuduk.
Setelah selesai mengaminkan doa. Nurul menangis tersedu-sedu bila mengenangkan dosa-dosa lampaunya. Mastura cuba memujuknya ‘ setiap manusia ada melakukan kesilapan. tapi jangan malu untuk memohon ampun padaNYA kerana sesungguh ALLAH itu maha pengampun.

……………….

Mastura adalah orang paling bahagia dengan perhijrahan nurul. Nurul baru belajar jaga solat 5 waktunya. Banyak yang nurul belajar dengan mastura mengenai islam mana yang haram dan mana yang halal.

Mastura pernah kata ‘ dosa silap adalah kekuatan untuk kita perbaiki segala kekurangan kita selama ni’ Nurul masih mengingti kata-kata mastura.

Sedang leka nurul mengingati, suara azan bergumandang ‘ Nurul, jom kita pergi solat’ mastura mencuit lengan nurul. nurul kembali ke alam nyata.

Selepas selesai menunaikan solat zuhur, mastura ajak nurul ke suatu tempat katanya nak bawa nurul ke tempat special. Nurul hanya menganguk tanda setuju.

Rupanya tempat special mastura adalah tesco, katanya nak beli hadiah untuk seseorang. Peliknya nak kata ada seorang yang special tak ada pula mastura cerita kat nurul. Masuk je tesco terus mastura menarik nurul ke arah satu butik tudung yang ada dalam tesco itu.

Cantik-cantik tudung kat situ. Hati mula rasa nak try pakai, nurul mengambil sehelai tudung sarung lalu dia pergi arah cermin lalu memakainya. dia melihat wajahnya di cermin lalu berkata ‘Subhanallah, sungguh cantik ciptaan-MU yang kau berikan padaku’ nurul tidak perasan dengan kehadiran mastura disebelahnya.

Nurul lalu cuba untuk menanggalnya tapi di halang oleh mastura. ‘Nurul, yang tertutup itu indah dari yang terdedah auratnya’ Nurul tidak jadi menanggal tudungnya.

Rupanya mastura ke sini untuk membeli tudung untuknya. Tak sangka banyak yang mastura beli kan katanya untuk perhijrahan nurul. Nurul berdoa dalam hati ‘ terima kasih ya ALLAH kerana kau kirim seorang kawan yang banyak membawaku ke arah redha-MU’
……………….

Nurul berasa takut dikata oleh pelajar kolej bila dia pakai macam ni. Mastura cuba memberi kata-kata yang membuat diri nurul rasa apa yang dia buat adalah kerana takut pada-NYA. Sampai saja dalam kelas ramai pelajar perempuan mula rapat bergaul dengan nurul ada yang minta maaf atas kata-kata mereka pada nurul selama ni.

Nurul berasa lapang bila semua dapat terima segala kekurangannya. Mastura tersenyum bila melihat nurul tersenyum. Nurul banyak mengisi masa lapangnya dengan membaca buku-buku islamic dan usrah bersama-sama kawan yang lain.

Setelah selesai usrah petang, nurul mengajak mastura lepak kat padang polo untuk mengambil angin petang. Sampai saja kat taman polo itu mastura mencari kerusi untuk mereka duduk. Akhirnya mastura jumpa lalu dia mengambil tempat untuk duduk dan memandang orang yang tengah jogging dan beriadah bersama keluarga kat taman polo tu.

‘ Nurul, cantik kan pemandangan kat sini’ kata mastura. Nurul hanya diam membisu bila dia memandang sebuah kelaurga yang sedang beriadah bersama.

Mastura mengelengkan kepalanya. ‘Nurul, rindukan ayah dan ibu nurul ke’ sangkal mastura. Nurul terus menoleh kearah mastura disebelahnya.

‘ Adakah ayah dan ibu nurul akan maafkan nurul’ Tanya nurul. Mastura memegang tangan nurul. ‘ Seorang ibu dan ayah tidak pernah berdendam dengan anaknya tapi sebaliknya mereka mendoakan yang terbaik buat anaknya’ kata-kata mastura buat hatinya lapang.

‘Terima kasih mastura. Insha ALLAH malam karang nurul cuba call ayah dan ibu’ nurul memeluk bahu mastura.
………………

Nurul berasa gembira bila ayah dan ibunya ingin sangat berjumpa dengannya. Semenjak ayah dan ibu hantarnya belajar, nurul tak izinkan kedua orang tuanya melawatnya. Rasa marah pada ayahnya yang memaksa dia sambung belajar, nurul ingin bebas macam kawan-kawannya lain. Yang hidup tanpa dikawal oleh ayah dan ibu mereka tapi nurul tahu apa yang ayah dan ibunya buat selama ni adalah untuk menjaganya dari terjerumus dengan gejala social diluar sana.

Sampai saja di perhentian bas larkin, nurul telefon ayahnya ‘Assalammualaikum, ayah kat mana. Nurul dah sampai? Tanya nurul.

‘Waalaikummusalam. Ayah ada kat depan mcd. Nurul kat mana? Encik rahman menanya kembali pada nurul.

‘ Tak apa ayah tunggu situ. Nurul pergi kat ayah’ Nurul mematikan telefonnya dan terus berlalu pergi ke tempat yang dikata oleh ayahnya.

Sampai saja nurul melambaikan tangan ke arah ayahnya, encik rahman dan puan isma tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka. Nurul terus menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ayah dan ibunya.

Puan isma menarik nurul didalam pelukannya ‘ Ni nurul ke. anak ibu’ tanya puan isma bagai tidak percaya. Nurul mengangguk dalam pelukan ibunya.

Encik rahman begitu bersyukur dengan perubahan anak bongsunya. ALLAH perkenankan doanya selama ni.

Nurul memegang tangan ibu dan ayahnya ‘ Nurul minta maaf dari atas segala kekerasan hati nurul yang membuat ibu dan ayah bersedih’ ucap nurul.

‘ ayah dan ibu tidak pernah bencikan nurul. Kami sayang nurul’ menitis airmata nurul bila mendengar kata-kata encik rahman. Puan isma lalu mencium pipi anaknya kerana begitu lama memendam rindu.

 Hargailah orang yang sayangi kita dan menasihati kita ke arah kebaikan… sekian dari saya..




Thursday, 28 March 2013

yang TERTUTUP itu INDAH...

Bismillahhirahmannirrahim.. Assalammualaikum.. w.b.t

syukur alhamdulilah kerana ALLAH SWT masih memberiku peluang untuk menulis lagi mengenai perkembangan perubahan diriku... selama ni banyak dugaan yang harusku tempuh demi menjaga diri daripada kembali kejalan dahulu...

ku mula cuba untuk memakai tudung labuh yang menutup perhiasaanku dipandang oleh lelaki yang bukan anjabiku.. walaupun pada mula ku mengenakan tudung labuh itu mak ku menunjukan respond yang baik.. senyumannya membuatkan hatiku senang... ku kena kuat menghadapi semua ni demi menjaga auratku.. 

pada awal tahu baru 2013, ku mula cuba untuk menutup aurat dikakiku... kaki pun sebahagian anggota yang wajib kita kena tutup... selama ku mula mengenakan stoking... tiada dugaan yang datang menimpa diriku... tapi bila dah lamaku pakai ramai student kat tempatku memandang diriku... ku hanya mampu tersenyum je... biarlah orang nak kata kita nak tutup sana nak tutup sini... tapi apa yang kita buat semua kerana ALLAH... itu je... asalkan hati kita senang dan tenang...  

kawan-kawanku...
ku hanya mampu berdoa buat anda semua... sama-sama kita belajar untuk menutupi aurat kita sebagai seorang wanita islam... cuba pelahan-pelahan untuk menutupnya... insha ALLAH lama-lama kita akan mula menjaga aurat kita kat mana kita berada...


sekian dari saya..



Wednesday, 27 March 2013

Hari DEMI Hari...


Bismillahhirrahmannirrahim.. Assalammualaikum. W.b.t

Tengok tajuk macam takut je kan, cepatkan masa berlalu tut..tut dah nak penghujung bulan 3 dah.. banyak ilmu akhirat dan dunia yang saya ada sekarang syukur alhamdulilah walaupun masih sedikit ilmunya tapi saya bersyukur sangat.. harap dengan ilmu itu dapat membimbing saya satu hari nanti…

Macam tak percayakan umur saya dah nak masuk 20 tahun dan tinggal lagi setahun untuk saya menghabiskan diploma saya.. saya mula terfikir, adakah saya bersedia nak bertemu denganNYA? Adakah cukup amalan yang saya kumpul didunia ni untuk mengadapNYA? Dimana tempat saya nanti di syurga atau di neraka-NYA? Semua itu menjadi rahsia ALLAH.. tidak satu pun yang kita tahu selain ALLAH..

Selagi masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ni.. banyakkan mengingati ALLAH dari hal-hal dunia.. kadang-kadang kita lalai dengan dunia sampai kita abaikan suruhanNYA.. kita mula kembali ke jalanNYA untuk memohon keampunan dariNYA dari atas kelalaian kita.. kita kena jaga hati dan iman kita di mana jua kita berada.. Banyak yang kita tengok sekarang macam-macam yang berlaku kat negara kita sekarang.. kebanyakan anak-anak muda sekarang terpengaruh dengan gaya-gaya orang barat.. saya hanya mampu melihat dan berdoa buat mereka yang masih jauh tersesat.. walaupun mereka melihat saya pelik dengan menutup rapi diri saya dari pandangan orang.. biar dimata mereka melihat saya kuno tak tahu fahsion tapi itu yang ALLAH suka… saya lakukan semua ni kerana niat saya adalah kerana ALLAH itu je.. saya hanya seorang gadis yang jahil dan seorang gadis yang penuh dengan dosa.. tapi hanya padaNYA tempat saya bergantung…saya masih teringat masa saya sekolah dulu, kawan india tanya saya ‘tudung itu wajibkan awak pakai masa pergi mana-mana kan’ saya terkejut juga dengan pertanyaannya.. saya hanya mampu jawab ‘tudung memang wajib bagi kami orang islam untuk pakai masa pergi mana-mana’ itu je yang mampu saya jawab. Kawan berbangsa india itu tanya lagi ‘tapi kenapa saya tengok kat luar sana tak ramai orang pakai’ saya hanya mampu menjawab ‘ ikut pada kehendak diri masing-masing’. Saya tahu mungkin dia nak tahu macam mana cara hidup orang islam. marilah kawan-kawanku,sama-sama kita perjuangan agama kita dari dipandang rendah oleh agama lain..



Monday, 11 March 2013

-Luahan hati SEORANG ANAK-

Bismillahirrahmannirrahim.. Assalammualaikum. w.b.t

Syukur alhamdulilah dengan izin-NYA saya masih disini untuk terus perbaiki kelemahan dalam diri dari semasa ke semasa... Dapat berkongsi cerita dengan korang semua... walaupun cerita saya ini bukan yang best sangat... korang tengok tajuk macam sedih je kan.. dugaan study ni terpaksa berkorban demi bahagiakan kedua orang tua kita... terpaksa berjauhan demi mendapat segulung diploma...

Bila kita melihat tangan kita... dulu masa kecil tangan ini mak dan ayah kita selalu pimpin ke mana kita pergi.. sekarang kita dah tak perlu lagi dipimpin sebaliknya kita pula yang pimpin tangan mereka...

Bila kita sedih... mak dan abah hiburkan kita... sekarang kita pula harus membahagiakan mereka dengan kejayaan kita didunia mahupun akhirat...

Bila time sekolah dulu mak dan abah selalu mengambil kita kat sekolah... tapi sekarang balik sendiri naik bas untuk berjumpa dengan mereka... sebab tak nak menyusahkan mereka...

Dulu mak dan abah selalu menyambut befday kami adik beradik... tapi kali ni kami adik beradik pula nak sambut befday mereka... nak belikan hadiah untuk mereka... walaupun mereka kata jangan membazir duit untuk mereka... kami adik beradik tetap nak beli juga hadiah buat mereka...

sayu hati bila melihat wajah mak dan abah... abah sanggup berkerja demi saya dan kakak yang masih belajar.. teringat kata-kata abah semalam ' kamu nanti boleh jaga abah'... huhuhuhu tahan diri dari menangis kat situ sebab tak nak buat abah sedih... Insha ALLAH.. selagi uda hidup dimuka bumi ini... uda akan jaga mak dan abah... uda tak mampu nak balas jasa mak dengan abah...

semoga mak dan abah selalu berada dalam lindungan ALLAH... Insha ALLAH... doa uda buat mak dan abah tidak pernah putus...

p/s: hargailah kedua orang tua kita sebelum terlambat...




Monday, 4 February 2013

Terima kasih KELUARGAKU...

Bismillahirahmannirahim... Assalammualaikum. W.B.T

Syukur alhamdulilah kerana memberikan saya sebuah keluarga yang baik dan memahami saya.. walaupun sekarang saya dah memiliki dua keluarga...hehe... nak tahu kenapa saya kata saya ada dua keluarga.. sebab mak dengan ayah kandung saya masing-masing dah bina keluarga baru.. tapi saya bersyukur kerana memiliki ayah dan mak tiri baik...

Terima kasih pada mak dan abah yang banyak memberi kata-kata semangat pada saya untuk perbaiki diri ke jalanNYA... banyak memberi kata-kata nasihat.. Mereka tersenyum bila melihat perubahan saya... saya nak jadi anak yang solehah di mata ALLAH SWT dan keluarga... itu impian saya..

Terima kasih pada kakak-kakak saya tak jemu-jemu memberi kekuatan pada saya untuk maju ke depan... Tapi syukur alhamdulilah ALLAH SWT memakbulkan doa mak dengan saya untuk melihat perubahan kakak-kakak saya... Tapi saya tidak pernah berhenti berdoa untuk mereka yang saya sayangi...

Terima kasih adik-adik terunaku... kerana selalu mendengar bebelan kakakmu ini.. saya sebenarnya tak suka   nak membebel ini... Tapi adik-adik saya yang buatkan saya suka membebel... saya nak mereka menjadi seorang lelaki yang baik di mata ALLAH SWT...

InsyaAllah kalu dipanjangkan umur untuk saya berkahwin... Saya nak bahagiakan keluarga dahulu baru orang lain... itu yang saya mahu dalam hidup saya... kerana selama 20 tahun saya hidup dengan keluarga... keluarga yang lebih mengenali saya...

dari saya.... (anak puan zuraida dan en fuad..)

Solat WITIR...

Bismillahirahmannirahim.. Assalammualaikum. W.B.T

Syukur alhamdulilah kerana masih diberi peluang untuk diri ini berubah  ke arah yang lebih baik... Hari ini saya nak kongsi solat yang paling disukai oleh Nabi Muhammad SAW.. iaitu solat witir...

...SOLAT WITIR...

Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”  (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)

 Fadhilat Solat Witir

1.     Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2.     Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3.     Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat    kelak.

Cara Melaksanakannya:

.
1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2.  Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
.
3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.

4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.

5.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.

Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”
.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”


WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR

.
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)

2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:

3.  Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:



4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:


5.  Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir

Hukum Tangguh Witir ~ Harus

.
  1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda  Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam“Tidak ada dua witir pada satu malam.”
.
Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ.

Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).