Amir sibuk parking barang-barang yang kena bawa esok ‘Apa lagi yang aku nak bawa ye’ Amir duduk diatas katil sambil memikir apa yang lagi nak bawa.
Amir terdengar bunyi satu ketukan dipintu biliknya ‘Mir..’ Panggil puan sahara disebalik pintu biliknya.
‘Mama rupannya. Masuklah mama’ Pelawa amir yang masih setia diatas katil.
‘Mama tak ganggu mir ke? Puan hajar menghampiri anak terunanya.
‘Tak pun ma, mir tengah duk pikir apa lagi nak bawa’ Amir mengaru kepalannya.
‘Mir pergi berapa hari’ Soal puan sahara.
‘Mir pergi 3 bulan ma’ Amir baru teringat barang mandian belum masukkan lagi.
Amir memandang wajah puan sahara berubah sayu ‘Ma.. kenapa ni’ Amir memeluk bahu puan sahara.
‘Mama okay sayang. Biar mama tolong mir kemas ye’Belum sempat puan sahara nak bangun amir menarik tangan puan sahara.
‘Mama.. mir akan selalu ingatkan mama. mir janji’ Puan sahara memeluk erat tubuh amir.
‘Tak perlu janji sayang. Mama tahu mir tak lupakan mama’ Amir memeluk erat mamanya.
‘Semenjak ayah pergi tinggallah amir seorang peneman mama’ Luah puan sahara.
‘Mir.. mama sayangkan mir’ ucap puan sahara pada satu-satu anaknya.
‘Mama.. mir pun sayang mama’ amir mendakap erat tubuh puan sahara hanya mamalah tempat dia meluahkan segalanya.
………………………………………
Mata annur tercelik bila mendengar alunan bacaan Al-Quran dimasjid berdekatan rumahnya. Annur bangun dari baringnya ‘Baru pukul lima pagi’ Annur melangkah turun dari katil untuk membersihkan diri.
Annur bersyukur kerana memiliki keluarga yang banyak mengamal cara hidup islam didalam rumah. Selesai saja menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah, Annur akan membaca Ayat suci Al-Quran demi membetulkan tajwidnya.
Haji rahman selalu menunaikan solat subuhnya dimasjid, selesai saja dengar kuliah subuh haji rahman terus berlalu pulang kerumah.
‘Assalammualaikum..’ haji rahman melangkah masuk setelah memberi salam.
‘Waalaikummusalam Abang..’ Jawab puan fatimah.
‘Abang.. nak minum’ Tanya puan Fatimah.
‘Boleh juga’ pinta haji rahman. Sedang duduk menunggu puan Fatimah membawa airnya haji rahman dengar setiap bacaan ayat suci yang dilantun annur didalam biliknya
‘Syukur Alhamdulilah Ya Allah aku telah mendidik amanahMu dengan baik’ Ucap Haji rahman dalam senyuman.
‘Syukur Alhamdulilah Ya Allah aku telah mendidik amanahMu dengan baik’ Ucap Haji rahman dalam senyuman.
Annur melangkah keluar dari biliknya ‘Ayah dah balik’ Annur mengucup tangan tua haji rahman.
‘Ni abang airnya’Puan Fatimah datang menatang air dengan cekodok.
‘Makin lancar bacaan nur’ Puji haji rahman sambil menghirup air kopi bancuhan isterinya.
‘Alhamdulilah ayah’ Annur menunduk malu dengan pujian ayahnya.
‘Nur nak minum apa’ Soal puan Fatimah.
‘Tak apa ummi. Ummi duduk ye biar nur ambil sendiri’ Annur menarik tangan puan Fatimah supaya duduk disebelah haji rahman.
Puan Fatimah tersenyum memandang anak gadisnya ‘Selalu ummi dengan ayah yang banyak layan kerenah nur kali ni biar nur pula layan ayah dengan ummi pula’ Annur menuang air kopi buat umminya.
Haji rahman dengan puan Fatimah cukup bersyukur kerana memiliki anak sebaik annur ‘Nur nak kerja apa lepas ni’ Soal haji rahman.
‘Nur ingat nak mengajar budak-budak kampung ni mengaji kat rumah anak-anak yatim.’ Memang cita-cita annur nak meluaskan ilmunya dalam bidang agama lagi.
‘Bagus juga idea kamu tu nur’ Puan Fatimah setuju sangat dengan niat annur nak mengajar.
‘Zaman sekarang ramai yang tak tahu nak membaca kalam Allah ummi..ayah.. Niat nur nak membantu mereka yang memerlukan bantu orang macam kita’ Luah annur.
‘Dapat juga nur bantu puan hajar kat rumah anak-anak yatim ke’ Kata annur demi mencari pengalaman dalam masa yang sama kerjanya nanti tidak sekali melanggar syariah islam.
…………………………………….
Perjalanan dari Kuala lumpur ke Perak makan masa selama 3 jam ‘Mana satu rumahnya, dah tiga kali aku asyik pusing dekat sini je’ Amir setia memandu mencari alamat rumah haji rahman.
Lalu amir Nampak seorang gadis yang menutup mukanya dengan secebis kain hanya Nampak kedua biji mata saja sedang jalan berpimpin tangan dengan seorang anak kecil ‘ Baik aku tanya gadis ni’ Amir memarkir keretanya betul depan perempuan tu.
Amir turun dari keretanya ‘Siapa lelaki ni. Dah kenapa dia datang dekat aku’ Mengomel annur didalam hati.
‘Cik tumpang tanya. Cik tahu tak alamat rumah ni kat mana dah dekat satu jam saya asyik pusing kat sini je’ Amir menghulur kertas yang bertulis alamat ke arah gadis didepannya.
‘Macam kenal je alamat rumah ni. Ni bukan alamat rumah aku ke’ Luah annur dalam hati.
‘Cik tahu tak’ Soal amir bila lihat gadis didepannya asyik lihat kertas alamat tu dari tadi.
‘Kalau encik nak tahu alamat rumah ni. Encik jalan terus ikut jalan sini dan encik belok kanan. Insya Allah encik akan Nampak rumah berwarna ungu itulah rumahnya’ Terang annur panjang lebar.
‘Okay cik terima kasih ye.’ Ucap amir.
Sebelum amir melangkah ke keretanya ‘Cik nak pergi mana. Mari saya hantarkan’ Pelawa amir dengan senyuman.
‘Terima kasih dengan pelawaan encik tapi tak apa saya boleh balik sendiri’Annur menolak dengan cara baik pelawaan amir.
‘Okay ye cik. Saya pergi dulu. Assalammualaikum’ Ucap amir sebelum berlalu ke jalan yang diberi annur sebentar tadi.
‘Waalaikummusalam’ jawab annur. Tapi dalam fikiran annur sekarang kenapa dia nak pergi rumah aku? Ada perjanjian dengan ayah ke? Banyak persoalan bermain didalam fikiran aku sekarang ni.
…………………………….
Sampai saja didepan rumah berwarna ungu seperti yang dikata oleh gadis tadi ‘Haji rahman & Puan fatimah’ Tertera nama tuan rumah didepan pintu pagar.
‘Macam mana aku boleh tak Nampak sedangkan dah dekat tiga kali aku pusing dekat sini’ amir mengelengkan kepalanya.
Amir turun dari keretanya lalu memberi salam ‘Abang..’ Panggil puan Fatimah bila mendengar ada orang memberi salam didepan rumahnya.
‘Siapa yang datang’ Soal haji rahman lalu menyarung kopiah diatas kepalanya.
‘Saya pun tak tahulah’ Jawab puan Fatimah.
Haji rahman menghampiri pagar rumahnya ‘Assalammualaikum..Ye encik cari siapa ye’ Soal haji rahman pada pemuda yang ada didepan rumahnya.
‘Waalaikummusalam..Ni rumah haji rahman kan. Saya pelajar program anak angkat yang dianjur pihak kolej saya’ Terang amir panjang lebar lalu mengucup tangan tua haji rahman.
‘Ya Allah pakcik lupa pasal program tu. Mari.. mari nak masuk’ Pelawa haji rahman bila dia teringat surat yang sampai dirumahnya tempoh hari.
‘Kenapa tu ummi’ Soal annur dibelakang puan Fatimah.
‘Entah ummi pun tak tahu nur’ Jawab puan Fatimah.
‘Nama saya amir hamzah’Amir memperkenalkan dirinya.
‘Amir namanya’ haji rahman mengangguk.
‘Alamak lelaki tadi’ annur terus berlalu masuk kedalam rumahnya meninggalkan ummi dan ayahnya.
………………………………………
Terkejut amir bila melihat bilik yang bakal dia duduk selama 3 bulan ‘Kukuh ke katil ni’ Amir cuba untuk duduk diatas katil yang diperbuat daripada kayu.
‘Akhirnya dapat juga aku rehat setelah dekat 3 jam aku drive’ Amir merebahkan diri diatas katil lalu dia terlelap kepenatan.
Bunyi ketukan dipintu biliknya menyedarkan dari lena ‘Amir…’ Panggil haji rahman dari luar biliknya
.
.
Amir mengesok matanya lalu dia melangkah untuk membuka pintu biliknya ‘Pakcik minta maaf ganggu amir tidur’ Haji rahman memandang wajah amir yang kepenatan.
‘Saya dah bangun dah masa pakcik ketuk pintu tadi’ Bohong amir demi menjaga hati haji rahman.
‘Pakcik Cuma nak ajak amir pergi masjid solat berjemaah tapi pakcik rasa baik amir solat kat rumah tengok muka amir macam penat lagi’ Kata haji rahman.
‘Pakcik nak pergi masjid. Boleh saya nak ikut sekali’ Amir teringin sangat nak solat berjemaah setelah lama dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.
‘Okay pakcik.. jom amir dah siap’ Amir mengenakan baju melayu dengan seluar jeans
.
.
‘Pakcik rasa belum lengkap lagi ni’ Amir memandang pelik muka haji rahman.
‘Apa yang tak cukup pakcik’ Soal amir ingin tahu apa kekurangan dalam pakaiannya.
‘Kejap ye’ Haji rahman masuk kebiliknya lalu keluar dengan kain pelekat dengan kopiah warna putih.
Haji rahman menghulurkannya pada amir ‘Pakai kain pelekat ni’ Arah haji rahman.
Amir berlalu ke biliknya untuk menyalin seluar jeans ke kain pelekat. Amir kembali ke ruang tamu dengan mengenakan kain pelekat dengan kopiah diatas kepalannya.
‘Kita nak bertemu dengan Allah kenalah dalam pemakaian yang baik’ Terang haji rahman.
‘Pakcik.. makcik mana’ Soal amir sebelum melangkah keluar ke masjid bersama haji rahman.
‘Makcik kamu dengan anak perempuan pakcik awal-awal lagi dah pergi masjid sebab malam ni ada ceramah’ Jawab haji rahman lalu menutup pintu rumahnya.
‘Haji rahamn ada anak perempuan tapi aku tak Nampak pun’ Mengomel amir didalam hati.
‘Dah amir jom’ Amir mengikut setiap langkah haji rahman.
……………………………………..
Amir duduk termenung sambil teringat kembali ceramah tadi ‘Ruginya seorang muslim/muslimat itu kalau dia lebih mengejar dunia dari akhirat. Adakah dunia akan menjadi perbelanya di sana nanti?
Tidak sama sekali sebaliknya amal ibadat yang akan menjadi penjamin kita disana nanti. Jadi jaga ibadatmu dan akhlakmu insya Allah syurga bagimu wahai hamba Allah Sekalian.
Tidak sama sekali sebaliknya amal ibadat yang akan menjadi penjamin kita disana nanti. Jadi jaga ibadatmu dan akhlakmu insya Allah syurga bagimu wahai hamba Allah Sekalian.
Amir terkejut bila bahunya disentuh oleh seseorang ‘Pakcik rupanya terkejut amir’ Haji rahman mengambil tempat disebelah amir.
‘Kenapa ni amir? Pakcik tengok muka amir macam sedih je’ Sangkal haji rahman bila melihat raut wajah amir yang tiba-tiba sayu.
‘Mungkin kamu teringat keluarga kat sana ye’ Teka haji rahman apa yang menyebab amir tiba-tiba sedih.
‘Taklah pakcik. Saya Cuma rasa bersyukur sangat sebab dapat datang sini untuk dengar kuliah macam ni’ Luah amir.
‘Selama ni amir tak pernah dengar ceramah ke’ Soal haji rahman.
Amir mengelengkan kepalanya lalu menunduk tanda malu dengan haji rahman diatas kelemahannya ‘Tak apa amir. Pakcik faham perasaan anak muda zaman sekarang.Terlalu alpa dengan dunia berbandingkan akhirat’ Haji rahman menepuk-nepuk bahu amir tanda memberi semangat.
Amir mengangkat wajahnya ‘Pakcik terima kasih ajak amir pergi masjid untuk dengar ceramah’ Haji rahman tersenyum ‘Amir.. sepatutnya amir berterima kasih pada Allah sebab dia yang telah membuka pintu hati amir untuk datang ke masjid ni’ Ucap haji rahman.
‘Dah jom kita balik. Makcik kamu dah tunggu kat luar’ Ajak haji rahman. Amir bangun dari duduk lalu mengikuti haji rahman dari belakang.
‘Dah selesai dah semua abang’ Soal puan Fatimah.
Haji rahman hanya mengangguk ‘Mana nur’ Soal haji rahman.
‘Dah balik dengan anak-anak’ Jawab puan Fatimah diatas pertanyaan suaminya.
‘Anak-anak? Dah kahwin rupanya anak haji rahman ni’ Soal amir didalam hati.
‘Dah amir jom kita balik’ Amir sekadar mengangguk.
…………………………………….
Kali pertama tidur dalam rumah ni buat amir jadi susah nak lelapkan mata ‘Haji rahman ni ada berapa orang anak? Tak akan seorang je? Banyak persoalan masih belum terjawab yang buat dia jadi tertanya-tanya.
Tiba-tiba pula tekak terasa kering pula, amir lalu melihat jam dinding biliknya ‘Baru pukul 3 pagi’ Amir lalu memegang tengkoknya.
Tak boleh jadi ni aku mesti dapatkan air sekarang juga, amir melangkah turun dari katilnya lalu membuka pintu biliknya ‘Alamak gelaplah pula’ Amir menutup kembali pintu biliknya.
Tekak dah terasa haus sangat ‘Amir kau kena berani’ Amir cuba membuka kembali pintu biliknya.
‘Ehhh dah cerah. Macam tahu aku nak minum air’ Amir melangkah turun ke bawah untuk mendapat air untuk basahkan tekaknya.
Amir menuang air masak yang ada diatas meja ke dalam cawan lalu meneguk dengan rakus sekali ‘Leganya..’ Luah amir bila dah dapat air.
Amir terlompat sedikit bila terasa macam ada orang menyentuh bahunya ‘Kus semangat pakcik’ Amir mengurut dadanya yang rasa macam nak tercabut.
Haji rahman ketawa bila melihat muka terkejut amir ‘Saya ingatkan hantu mana yang menyentuh bahu saya’ Luah amir dalam rasa takut.
‘Pakcik awalnya bangun’ Soal amir lalu menarik kerusi untuk duduk.
‘Pakcik solat’ Jawab haji rahman ringkas.
‘Tak silap aku subuh belum masuk lagi’ Soal amir didalam hati.
‘Pakcik solat apa pukul tiga pagi macam ni’ Soal amir ingin tahu.
‘Solat sunat’ Jawab haji rahman sambil menuang air masak ke dalam cawannya.
Amir mengangguk ‘Amir bangun ni nak solat sunat ke’ Soal haji rahman setelah meneguk airnya.
‘Taklah pakcik amir ni tekak tiba-tiba terasa haus pula ’ Jawab amir dengan senyuman dibibir.
Haji rahman mengangguk dalam senyuman ‘Time ni masanya untuk aku bertanya’ Kata amir didalam hati.
‘Pakcik ada berapa orang anak sebenarnya’ Soal amir.
‘Pakcik ada seratus lebih anak’ Jawab haji rahman bersahaja.
Amir tercengang dengan jawapan haji rahman ‘Anak pakcik Cuma dua orang je amir’ Haji rahman ketawa bila melihat gaya terkejut amir.
‘Buat lawak pula orang tua ni pagi-pagi macam ni’ Amir pun ikut ketawa.
‘Dua-dua perempuan ke pakcik’ Amir menyoal lagi.
‘Anak pakcik seorang lelaki dan seorang perempuan’ Jawab haji rahman sambil melihat riak muka amir.
‘Saya tak Nampak pun anak pakcik yang lelaki’ Soal amir lagi.
‘Anak pakcik yang lelaki tu tengah sambung belajar di Jordan sekarang’ Amir sekadar mengangguk tanda mengerti.
‘Yang perempuan pula’ Soal amir.
‘Yang perempuan sekarang tengah sibuk membetulkan bacaan Al-Qurannya tapi sambil tu dia mengajar budak-budak mengaji dirumah anak-anak yatim’ Cerita haji rahman.
‘Amir.. pakcik nak tanya boleh’ Soal haji rahman.
‘Boleh pakcik’ Jawab amir sambil meneguk airnya.
‘Apa tujuan amir datang sini’ Tanya haji rahman.
‘Sejujurnya amir nak belajar agama dan demi mencapai impian Arwah papa amir’ Luah amir dengan nada sayu.
Haji rahman mengangguk ‘Apa impian papa amir’
‘Dia nak amir menjadi anak yang soleh dan dapat membantu umat yang memerlukan bantu kita’Terang amir.
‘Insya Allah amir mampu tunaikan’ Haji rahman menepuk bahu amir.
Sedang rancak mereka berbual sampai tak sedar dah nak masuk waktu subuh ‘Amir nak ikut pakcik sembahyang kat masjid’ Ajak haji rahman.
‘Boleh juga pakcik’ Jawab amir.
‘Amir pergi siap ye. Jangan pakai lagi baju melayu dengan seluar jeans lagi ye’ Pesan haji rahman sebelum berlalu ke biliknya untuk bersiap ke masjid.
‘Baik pakcik’ Amir tersenyum malu bila ditegur oleh haji rahman.
…………………………….
Harini annur ingin sangat singgah ke rumah bertemu dengan ummi dengan ayahnya, Sampai saja annur didepan pintu rumahnya lalu dia memberi salam pada ayahnya yang sedang sibuk basuh kereta.
‘Ayah.. ni nur ada bawa makan untuk ayah dengan ummi’ Annur menunjuk bekal yang dibawanya.
‘Mesti sedap anak ayah masak ni. Bawa masuk kat dalam’ Annur mengangguk dengan arah ayahnya.
Annur melangkah masuk lalu dia terpandang pintu bilik abangnya terbuka ‘Mesti budak lelaki tu duduk bilik abang aku’ Annur beranikan diri untuk lalu didepan bilik abangnya.
Amir yang sedang baring saja bermain-main ‘Manalah tahu satu hari nanti aku bertemu jodoh tiba-tiba lalu depan bilik aku’ Amir tenung kearah pintu biliknya yang terbuka.
Lalu dia perasaan satu kelibat perempuan lalu didepan biliknya, amir terus bangun dari baringnya ‘Aku ni biar betul’ Amir mengosok matanya lalu bayangan gadis tu hilang.
Amir keluar dari biliknya ‘Ehhh tak ada pula.Ke rumah haji rahman ni ada hantu’Seram sejuk pula jadinya.
Amir berlalu keluar dari rumah ‘Ehh amir kata tadi nak rehat kat dalam. Kenapa keluar pula ni’ soal haji rahman yang sedang mengosok bahagian tayar keretanya.
‘Kuat juga orang tua ni buat kerja lagi ye. Tak macam aku ni lembik baru jemur tengah panas dah menyerah’ Amir senyum memandang haji rahman.
‘Dah kenapa ni amir tersenyum-senyum ni’ Soal haji rahman yang kepenatan mengosok tayar kereta.
‘Pakcik.. rumah pakcik ni ada hantu ke’ Amir berani untuk meluahkan apa yang dia rasa.
Haji rahman memandang pelik muka amir ‘Rumah pakcik mana ada hantu. Semuanya masih pijak tanah lagi’ Kata haji rahman sambil mengelengkan kepalanya dengan soalan amir.
‘Tapi tadi saya macam ada Nampak bayangan perempuan lalu depan bilik saya’ Kata amir ingin kepastian siapa yang lalu didepan biliknya tadi.
‘Owhh.. itu buka hantu tapi manusia’ Jawab haji rahman sambil berlalu untuk menyelesaikan basuhan keretanya.
‘Mesti dia Nampak nur lah tu’Haji rahman gelak bila mengenangkan si amir ni.
‘Jadi yang aku Nampak tadi tu manusialah. Amir..amir buat malu betullah’ Amir gelak sambil mengelengkan kepalanya.
…………………………………………..
Hati annur jadi tidak tenteram bila mengenangkan jenaka yang di tolong tempoh hari ‘Kenapa aku asyik ingat kat dia’Luah annur sambil termenung memandang keindahan langit pada waktu malam.
Puan hajar menghampiri annur yang sedang duduk termenung di jendela rumahnya ‘Ha nur.. ingatkan siapa’ Sergah puan hajar.
‘Akak rupanya. Tak adalah nur tengah tengok ciptaan pada waktu malam’ Annur tersenyum bila melihat satu bintang berkelip-kelip.
‘Betul nur. Akak suka tengok ciptaan pada waktu malam sebab cantik bila dihiasi dengan bulan dan bintang’ Kata puan hajar sambil memeluk bahu annur.
‘Akak. Nur tanya boleh tak’ Annur rasa puan hajar boleh membantu dirinya sekarang.
‘Boleh dik. Adik nak tanya apa’ Soal puan hajar.
‘Sebenarnya beberapa harini hati adik selalu rasa macam ada satu perasaan….’ Annur tidak dapat menghabiskan ayatnya.
‘Perasaan cinta ye’ Puan hajar menyambung ayat annur tergantung.
Annur mengangguk lalu menundukkan wajahnya ‘Adik dah pernah jumpa orangnya’
‘Pernah akak’ Jawab annur ringkas.
‘Siapa orangnya. Budak sini ke’ Annur mengelengkan kepalanya.
‘Habis budak mana’ Tanya puan hajar ingin tahu siapa lelaki yang dapat memikat hati annur.
‘Dia anak angkat ayah sekarang’ Jawab annur.
‘Budak Bandar tu’ Terkejut puan hajar.
‘Kenapa akak’ Soal annur.
‘Nur.. mampu ke dia nak bimbing nur nanti’ Puan hajar kurang suka dengan budak Bandar yang hidup social dengan dunia berbandingkan akhirat.
‘Akak.. setiap manusia boleh berubah. Nur percaya hidayah Allah sentiasa bersama orang yang ingin berubah ke jalanNya’ kata Annur.
‘Tapi nur.. akak nasihat nur buat dulu solat istikharah minta pertunjuk dari-Nya’ Nasihat puan hajar yang tidak mahu annur tersalah pilihan dalam soalan jodohnya.
‘Insya Allah nur akan lakukan’ Annur menghadiahkan senyum pada puan hajar disisinya.
………………………………………
Dah nak hampir habis dah program anak angkatnya, Akhirnya amir jatuh cinta juga dengan kampung halaman haji rahman.
Banyak aktiviti yang dilakukan disini, rasa macam taknak balik pula ada ‘Ha.. amir kamu nak buat apa harini’ Soal haji rahman yang mengambil tempat disebelah amir.
Banyak aktiviti yang dilakukan disini, rasa macam taknak balik pula ada ‘Ha.. amir kamu nak buat apa harini’ Soal haji rahman yang mengambil tempat disebelah amir.
‘Selama kat kampung ni banyak dah saya belajar’ Haji rahman berasa bahagia bila mendengar setiap pujian amir tentang kampung ni.
‘Rasa macam taknak balik pula’ Luah amir pada haji rahman disisinya.
‘Apa yang buat amir jatuh cinta dengan kampung ni’Soal haji rahman.
‘Amir suka dengan masyarakat kat sini yang banyak mengamalkan cara hidup islam selama ni amir tak pernah rasa’ Kata amir.
‘Dekat bandar pun boleh sebenarnya nak mengamal cara hidup islam’ Luah haji rahman.
‘Tapi susah pakcik. Bandar jauh beza dengan kampung’ Ujar amir.
Haji rahman bangga dengan amir yang jauh banyak berubah berbanding kali pertama datang ‘Insya Allah kita sama-sama menarik mereka ke arah yang lebih baik’ Kata haji rahman.
‘Tinggal lagi berapa hari lagi amir nak balik’Sayu hati amir untuk meninggalkan kampung ni.
‘Malam ni ada ceramah lagi’ Amir tersenyum gembira bila dengar ada ceramah lagi malam ni.
‘Kita pergi masjid awal ye’ Pinta haji rahman.
Sebelum amir melangkah untuk berlalu ke biliknya, haji rahman menarik tangannya lalu menghulurkan plastic berwarna hitam padanya ‘Pakcik nak amir pakai baju ni malam ni’Pinta haji rahman sebelum berlalu masuk ke biliknya untuk bersiap.
Amir mengeluarkan isi didalam plastic hitam pemberian haji rahman padanya ‘Jubah putih’ Menitis airmata amir bila melihat hadiah pemberian haji rahman padanya.
Amir menyarung jubah putih itu lalu mengenangkan kopiah dikepalanya ‘Ya Allah.. ampunkan segala dosa-dosa aku selama ni’Menangis amir bila melihat diri didepan cermin.
Sampai saja dimasjid Cuma ada haji rahman dengan amir didalam jemaah lain belum sampai lagi ‘Amir.. malam ni pakcik nak minta dua permintaan pada amir boleh’ Pinta haji rahman.
Amir sekadar mengangguk ‘Pakcik nak amir panggil pakcik dengan panggilan ayah lepas ni’ permintaan pertama haji rahman buat amir.
‘Betul ke ni pakcik’ Kata amir dengan senyuman dibibir.
Haji rahman mengangguk ‘Terima kasih pakcik..’ Haji rahman memandang amir ‘Ehhh silap pula ayah’ Haji rahman memeluk bahu amir.
‘Belum habis lagi ada satu lagi permintaan’ Amir hanya menunggu dengan tenang permintaan kedua haji rahman.
‘Ayah nak amir azan harini’ Mahu gugur jantung amir bila mendengar permintaan kedua haji rahman.
‘Boleh ke tak amir’ Pucat lesi muka amir bila melihat muka haji rahman meminta jawapan darinya.
‘Kalau dekat rumah mampu lagi aku azan ni dekat masjid ramai orang dengar kalau sumbang macam mana’ Sejuk satu badan dibuatnya.
‘Amir..’ Haji rahman menyentuh bahunya.
Amir memandang wajah haji rahman ‘Dah masuk waktu’
Amir menelan air liur bila mendengar ‘Dah masuk waktu’ Berdegup-degup jantungnya sepanjang perjalanan ke depan saf.
Amir menarik nafas dalam-dalam ‘Allahu…akbar.. Allahu..akbar’ Lantang suara amir mengucapkan seruan azan.
Menitis airmata haji rahman bila melihat kesungguhan amir untuk menjadi yang lebih baik ‘Semoga kamu menjadi hamba Allah yang sejati satu hari nanti amir’ Ucap haji rahman didalam hati.
………………………………….
Esok aku bakal pulang semula ke Bandar yang penuh dengan cubaan dan dugaan ‘Ayah terima kasih sebab menjadikan impian amir menjadi kenyataan’ Ucap amir lalu mengucup tangan tua haji rahman.
‘Amir ingat pesan ayah jadi anak yang baik buat keluarga dan masyarakat’Pesan haji rahman.
‘Insya Allah ayah’ Menitis airmata amir bila mengenangkan ayah tercinta yang telah pergi mengadap illahi.
‘Kenapa amir menangis’Terkejut juga haji rahman bila melihat amir menghapuskan airmatanya.
‘Amir Cuma teringat pesan ayah sebelum dia pergi’ Haji rahman memeluk tubuh amir.
‘Amir banyak sedekahkan Al-Fatihah buat ayah amir disana insya Allah semoga rohnya dirahmati dan bersama dengan orang soleh’ Pesanan haji rahman banyak memberi semangat pada amir.
‘Ayah nak amir banyak memakai pakaian sunnah dimana saja amir pergi’ Amir mengangguk dalam dakap seorang ayah.
‘Abang..’ panggil puan Fatimah.
‘Dah amir jom kita makan’ Pelawa haji rahman.
Amir sama-sama mengikut haji rahman turun ke dapur ‘Ya Allah terima kasih sebab mengirimkan aku sebuah keluarga yang banyak mengubah aku ke arah kebaikan’ doa amir setiap kali selesai solat.
………………………………………..
Pagi tu aku mengimankan solat subuh dirumah haji rahman ‘Syukur Alhamdulilah Kita masih hidup lagi didunia ni demi menghadapi hari-hari kita dengan mengingatiNya. Ingat jaga hati.. jaga iman dan jaga diri jangan sekali mendekati perbuatan yang DIA murka kerana sekali kita mendekati diri kita ke jalan yang DIA murka hidup kita tidak akan tenang sebab setiap hari kita asyik mengingati dosa-dosa yang kita lakukan. Jadi ingat Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Bertaubatlah selagi diberi peluang jangan sekali-kali mengsia-siakan nikmatNya untuk melakukan kebaikan’ Kuliah subuh dari haji rahman.
Berderai airmata amir bila mengenangkan dosa-dosanya ‘Ayah.. adakah Allah akan mengampunkan dosa-dosa amir’ ucap amir didalam tangisan.
‘Insya Allah amir. Allah itu maha pengampun. Percayalah hanya DIA yang maha memberi keampunan’ Haji rahman menepuk bahu amir.
Selesai saja bersarapan amir minta untuk berlalu berangkat pulang dulu ‘Amir bawa kereta hati-hati ye’Pesan haji rahman.
‘Insya Allah ayah’ Jawab amir sambil membetulkan kopiah dikepalanya.
‘Ingat baca doa sebelum memandu’ Amir mengangguk.
‘Ayah.. ummi amir berangkat dulu’ Amir mengucup tangan tua haji rahman.
Setelah selesai membaca doa, amir memakai seatbelt dengan lafaz ‘Bismillahhirrahmannirrahim’ amir menekan pedal minyak untuk berlalu pulang dan meninggalkan kampung ni.
Sampai saja kat selekoh nak belok ke kiri, amir rasa macam Nampak bayangan gadis berdiri sedang memandang ke arahnya tapi bila dia berhenti nak melihat bayangan gadis tu hilang.
‘Astagfirullahalazim. Dah kenapa dengan aku ni’ Istigfar amir bila mengenang kembali gadis yang menolongnya tempoh hari.
‘Astagfirullahalazim. Dah kenapa dengan aku ni’ Istigfar amir bila mengenang kembali gadis yang menolongnya tempoh hari.
………………………………………..
Dah hampiri 5 tahun aku meninggalkan kampung yang banyak membawa aku mencintai illahi cepat masa berlalu, Sekarang aku sudah bergelar doktor sudah ada ‘Doktor’ didepan nama aku tapi apa nak dikisahkan sangat dengan pangkat kat dunia ni lebih baik kejar pangkat dekat akhirat bak kata haji rahman.
Amir menatap gambar haji rahman dengannya semasa kat masjid ‘Doktor…’ Panggil nurse hidayah yang meluru masuk tanpa mengetuk pintu biliknya.
‘Nasib baik tak kena heart attack saya dibuatnya’ Amir mengurut dadanya.
‘Ada emergency doktor sebab tu saya meluru masuk’ Terkejut amir bila dapat berita dari hidayah.
‘Dekat mana’ Tanya amir sambil ambil peralatannya diatas meja.
‘Dekat bilik kecemasan’Amir meluru keluar lalu menuju ke bilik kecemasan.
Amir melihat seorang mangsa yang berlumuran darah diperutnya ‘Bersihkan darahnya’ Arah amir pada nurse dibilik kecemasan.
Setelah selesai membersihkan darah, Amir dan nurse-nurse lain tolong untuk sesi menjahit kesan tikaman tu. Selesai semuanya pesakit tersebut dihantarkan ke wad biasa, keluar saja amir dari bilik kecemasan dia terkejut bila melihat haji rahman datang ke arahnya ‘Doktor.. macammana keadaan anak saya’ Tanya haji rahman.
‘Dalam tu anak ayah ke’ Haji rahman terkejut bila mendengar perkataan ayah keluar dari mulut doktor didepannya.
‘Ya Allah amir ke ni’ Haji rahman memeluk amir.
‘Akhirnya bertemu juga ayah dengan kamu amir’ Luah haji rahman yang begitu rindukan amir.
‘Dah jodoh kita bertemu kembali ayah’ Jawab amir ringkas lalu mengucup tangan tua haji rahman.
‘Abang.. macam mana keadaan adam’ soal puan Fatimah.
Mata amir lalu memandang kearah wajah puan Fatimah ‘Amirkan.. ya Allah’ Puan Fatimah tersenyum gembira bila dapat berjumpa kembali dengan anak angkat suaminya.
Amir memandang kearah gadis disisi puan Fatimah ‘Macam aku kenal gadis ni’ Amir cuba untuk ingat tapi hampa bayangannya menjadi kabur.
‘Betul ke ni amir’ Soal annur didalam hati.
‘Doktor amir..’ Panggil doktor perempuan yang cantik gayanya.
‘Kejap ye ayah’ Amir meminta tunggu sekejap.
‘Cantiknya perempuan tu mesti girlfriend diakan’ Sangkal annur didalam hati. kenapa ni annur?
Kenapa harus cemburu dia buka suami kamu lagipun dia berhak kawan dengan siapa pun’
Kenapa harus cemburu dia buka suami kamu lagipun dia berhak kawan dengan siapa pun’
‘Ayah.. adam dah ditempatkan di wad 4D’ Amir memberitahu haji rahman.
‘Baiklah amir. Terima kasih ye amir’ Ucap haji rahman.
‘Semua kekuasaanNya ayah. Amir Cuma membantu yang selebihnya dariNya’ Jawab amir macam dah gaya ustaz.
Annur mula jatuh cinta masa kali pertama bila melihat amir begitu menyayangi keluarganya dah macam keluarga sendiri dan kali kedua annur jatuh cinta bila mendengar seruan azan yang dilantun amir masa di masjid tapi apakan daya hanya doa yang aku mampu kirimkan buat dia setiap kali aku rindu padanya. Adakah dia jodoh aku yang telah KAU tulis di atas sana?
………………………………..
Amir lalu merebahkan dirinya diatas katilnya ‘Kenapa aku asyik teringat kat anak perempuan haji rahman tu’ Amir bangun dari baringnya dia cuba untuk ingat kembali dekat mana kali pertama dia jumpa perempuan tu.
‘Ha…’ Amir baru teringat dialah yang tunjukkan arah ke rumah haji rahman.
‘Tapikan bukan ke dia dah kahwin’ Amir merebah kembali tubuhnya diatas katil.
‘Tapi kenapa jantung aku berdegup kencang bila bertemu dengan dia’ Amir memegang dadanya.
‘Ya Allah dia isteri orang tak baik aku ada perasaan pada isteri orang’ Amir cuba buang perasaannya pada gadis yang dia sudah menjadi milik.
Sedang khsuyuk amir memikir perempuan tu ‘Ha.. mir ingat girlfriend ye’ Sergah puan sahara bila melihat amir duduk termenung memandang silling biliknya.
‘Mama.. mir rasa macam dah jatuh cinta dengan seseorang tapi…’ Amir mengeluh kerana tidak mampu untuk dia teruskan ayat yang tergantung.
‘Tak apa sayang. Banyakkan berdoa insya Allah adalah jodoh mir dengan gadis tu’ Puan sahara cuba membantu untuk menenangkan anaknya.
‘Macam mana jadi jodohnya kalau perempuan tu dah kahwin’ Luah amir dalam hati.
………………………………….
‘Ye encik adam, macam mana harini okay’ Soal amir pada adam yang baru sedarkan diri.
‘Alhamdulilah okay doktor’ Jawab adam dalam keadaan lemah.
‘Adam.. ayah nak perkenalkan ni anak angkat ayah. Nama dia amir’ Amir berjabat tangan dengan adam.
‘Owh.. nilah yang selalu ayah ceritakan pada adam’ Adam melihat amir ‘Amir dah kahwin ke’ soal adam tiba-tiba.
‘Ehh belum lagi’ Jawab amir dalam teragak-agak.
‘Baguslah..’ Adam lalu memandang adiknya disisi umminya.
Annur menundukkan wajahnya ‘Kenapa adam memandang adiknya’ kenapa setiap kali aku memandangnya hati terasa tenang sangat walaupun wajah ditutup oleh secebis kain hanya dua biji mata saja Nampak.
‘Apa yang bagusnya adam’ Tanya haji rahman pelik dengan persoalan anaknya pada amir.
‘Bila saya boleh keluar doktor’ Soal adam.
‘Insya Allah kalau encik adam dah betul-betul pulih. Esok Encik adam boleh keluar’Jawab amir ringkas.
Lalu telefon bimbit amir berbunyi menandakan ada orang call ‘Kejap ye ayah’ Amir meminta diri sekejap nak jawab panggilan telefon.
Selesai saja jawab telefon, amir masuk semula kedalam wad menempatkan adam ‘Ayah. Amir meminta diri dulu sebab ada kerja nak kena selesai kejap’ Haji rahman sekadar mengangguk.
‘Assalammualaikum’ Ucap amir sebelum berlalu pergi.
‘Waalaikummusalam’ Ucap haji rahman sekeluarga.
……………………………….
Dah hampiri seminggu abang adam balik ke rumah, hati aku bagai terasa rindu nak bertemu dengannya ‘Ya Allah jagalah dia untukku’ Doa annur didalam hati.
‘Nur..’ Haji rahman menyentuh bahu anak gadisnya.
‘Kenapa ayah tengok nur macam sedih je’ soal haji rahman bila melihat wajah anaknya sayu semenjak mereka berangkat pula ke rumah tempoh hari.
‘Nur rindukan amir ye’ Annur memandang wajah ayahnya.
‘Tak payah nak rahsia dari ayah. Ayah kenal sangat anak ayah ni’ Annur menundukkan wajahnya.
‘Nur nak ayah pinangkan amir buat nur ke’ Annur memeluk ayahnya.
Haji rahman menepuk belakang anaknya ‘Ayah dah lama berkenan dengan budak amir tu’
‘Terima kasih ayah’ Ucap annur.
‘Terima kasih kat ayah je. kat abang tak ada’ Usik adam yang curi dengar perbualan ayah dengan annur dibelakang.
‘Sibuk je abang ni’ Malu annur bila si abang dengar setiap perbualannya bersama ayah.
………………………………
Kebetulan harini amir betul-betul free nak singgah ke rumah haji rahman, sampai saja didepan pintu pagar amir bagaikan terkejut bila melihat haji rahman dengan adam datang menyambutnya.
‘Assalammualaikum..Dah lama ayah tunggu’ Amir mengucup tangan tua haji rahman.
‘Assalammualaikum..Dah lama ayah tunggu’ Amir mengucup tangan tua haji rahman.
‘Waalaikummusalam. Taklah ayah baru nak ambil angin kat luar tut..tut amir dah sampai’ Haji rahman gelak sambil menepuk bahu amir.
‘Mari amir masuk’ Pelawa adam. Amir berjabat tangan dengan adam ‘Silakan buat macam rumah sendiri’ Usik adam.
Amir mengambil tempat disebelah haji rahman ‘Macam perjalanan’ Soal haji rahman.
‘Alhamdulilah semua okay nasib baik tak jem’ Kata amir.
‘Abang… Amir.. jemput minum’ Pelawa puan Fatimah.
Sedang mereka sekeluarga rancak berborak ‘Ehh dah kenapa dengan aku? Adakah ni perasaan rindu pada seseorang yang selama buat jantung aku berdegup kencang setiap kali rindukannya’ Adam dapat melihat reaksi muka amir tiba-tiba berubah.
‘Amir.. sebenarnya ayah panggil amir datang sini bersebab’ Kata haji rahman.
‘Bersebab’ Soal amir didalam hati.
‘Sebenarnya ayah nak melamar amir untuk anak gadis ayah’ Amir memandang wajah haji rahman disisinya.
‘Bukan ke anak ayah dah kahwin’ Sangkal amir.
‘Anak gadis ayah belum berpunya lagi amir macam mana nak kahwin’ Aku tak salah dengarkan.
Kenapa hati terasa sungguh bahagia sangat bila mendengar jawapan dari mulut ayah.
Kenapa hati terasa sungguh bahagia sangat bila mendengar jawapan dari mulut ayah.
‘Syukur Alhamdulilah’ Ayat itu yang terpacul keluar dari mulut amir.
‘Jadi amir setuju’ Soal haji rahman.
‘Amir setuju ayah’ haji rahman memanjat syukur pada Allah diatas pemberian seorang lelaki yang baik buat anak gadisnya.
…………………………………
Annur rasa penat pula badannya sebab melayan tetamu yang hadir pada majlisnya walaupun simple tapi punya ramai tetamu dijemput. Annur lalu melangkah naik keatas bilik suaminya ‘Ya Allah cantiknya hiasan bilik ini penuhi dengan kalimah Allah Dan Muhammad tergantung didinding dengan ayat suci Al-Quran.
Annur melangkah masuk lalu mata terpandang sekujur tubuh yang sedang baring diatas katil ‘Amir ke ni’ Annur merapatkan dirinya dengan empunya diri.
‘Ha…’ Sergah amir bila dia celikkan matanya.
‘Ya Allah..’ Amir ketawa bila melihat muka terkejut isterinya.
‘Terkejut tak’ Usik amir.
Annur cubit lengan suaminya ‘Aduhh sakitnya’ Alah manjanya suara suami aku ni.
Amir menghampiri isterinya ‘Tiba masanya aku melihat wajahnya’ Annur mengeraskan dirinya didepan suaminya.
Amir membuka purdah isterinya ‘Ya Allah cantik sungguh ciptaanMu berikan padaku harini dan selamanya’Luah amir bila melihat keindahan wajah isterinya.
‘Jom kita solat dulu’ Ajak annur.
Annur berlalu ke bilik air untuk bersihkan diri, selesai saja membersihkan diri annur keluar dengan berair wuduk. Amir dah siap bentangkan sejadah buat mereka berjemaah ‘Awak tunggu kejap ye saya nak ambil wuduk dulu’ Pinta amir sebelum hilang ke dalam bilik air.
Selesai saja mengaminkan doa, Annur menghulurkan tangan untuk mengucup tangan suaminya ‘Terima kasih sayang sebab selama ni jatuh cinta pada abang’ Amir mengucup ubun-ubun isterinya.
‘Mana abang tahu’ Soal annur lalu menunduk wajahnya.
‘Abang adam bagitahu abang’ Amir memangku dagu isterinya.
‘Kenapa sayang menangis’Amir menghapuskan airmata isterinya.
‘Nur bahagia sangat sebab abang jodoh nur’ Amir mengucup dahi isterinya.
‘Sebab jodohlah kita bertemu kembali sebab Allah dah tetapkan nur untuk abang dan menjadi suri dihati abang’ Makin deras airmata annur mengalir dengan setiap kata-kata suami tercinta.
‘Lepas ni kita bina cinta dan kasih sayang didalam kehidupan kita’ Ucap amir.
‘Ya Allah kau kirimkan aku sebuah keluarga yang banyak mengingatiku kepadaMu memberilah aku menjadi khalifah buat isteri dan anak-anak aku nanti’ doa amir disetiap solatnya bersama isteri tercinta.
‘Sayang.. abang nak tanya sesuatu boleh’ Amir tiba-tiba teringat sesuatu.
‘Boleh abang’ jawab annur.
‘Anak siapa yang sayang pimpin masa kali pertama kita jumpa’ Tanya amir.
‘Itu anak-anak yatim tempat sayang mengajar mengaji’ Jawab annur.
‘Abang turn sayang nak tanya pula’ Annur mengalihkan pandangan memandang wajah suaminya.
‘Siapa doktor perempuan yang kat hospital haritu’ Tanya annur ingin tahu.
‘Itu Ex Girlfriend abang’ Jawab amir sahaja.
Mulut annur muncung ‘Alah abang bergurau je. itu kawan sekerja abang je’ Pujuk amir.
‘Betul ke’ annur memandang wajah suaminya.
‘Demi Allah hanya nur seseorang dihati abang sampai bila-bila’ amir mengucup lembut ubun-ubun isterinya.
‘Inilah kebahagiaan rumah tangga mesti ada cemburu dan gurau senda’ Ucap annur didalam hati.
………………………………………TAMAT……………………………………………
P/S:Berdoalah padaNya bila kita sukakan seseorang bukan terus meluahkan rasa kepada empunya diri itu akan mengundang zina hati…