Bismillahhirrahmannirrahim.. Assalammualaikum. W.b.t
Tengok tajuk macam takut je kan, cepatkan masa berlalu
tut..tut dah nak penghujung bulan 3 dah.. banyak ilmu akhirat dan dunia yang
saya ada sekarang syukur alhamdulilah walaupun masih sedikit ilmunya tapi saya
bersyukur sangat.. harap dengan ilmu itu dapat membimbing saya satu hari nanti…
Macam tak percayakan umur saya dah nak masuk 20 tahun dan
tinggal lagi setahun untuk saya menghabiskan diploma saya.. saya mula terfikir,
adakah saya bersedia nak bertemu denganNYA? Adakah cukup amalan yang saya
kumpul didunia ni untuk mengadapNYA? Dimana tempat saya nanti di syurga atau di
neraka-NYA? Semua itu menjadi rahsia ALLAH.. tidak satu pun yang kita tahu
selain ALLAH..
Selagi masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi
ni.. banyakkan mengingati ALLAH dari hal-hal dunia.. kadang-kadang kita lalai
dengan dunia sampai kita abaikan suruhanNYA.. kita mula kembali ke jalanNYA
untuk memohon keampunan dariNYA dari atas kelalaian kita.. kita kena jaga hati
dan iman kita di mana jua kita berada.. Banyak yang kita tengok sekarang
macam-macam yang berlaku kat negara kita sekarang.. kebanyakan anak-anak muda
sekarang terpengaruh dengan gaya-gaya orang barat.. saya hanya mampu melihat
dan berdoa buat mereka yang masih jauh tersesat.. walaupun mereka melihat saya
pelik dengan menutup rapi diri saya dari pandangan orang.. biar dimata mereka
melihat saya kuno tak tahu fahsion tapi itu yang ALLAH suka… saya lakukan semua
ni kerana niat saya adalah kerana ALLAH itu je.. saya hanya seorang gadis yang
jahil dan seorang gadis yang penuh dengan dosa.. tapi hanya padaNYA tempat saya
bergantung…saya masih teringat masa saya sekolah dulu, kawan india tanya saya
‘tudung itu wajibkan awak pakai masa pergi mana-mana kan’ saya terkejut juga
dengan pertanyaannya.. saya hanya mampu jawab ‘tudung memang wajib bagi kami
orang islam untuk pakai masa pergi mana-mana’ itu je yang mampu saya jawab.
Kawan berbangsa india itu tanya lagi ‘tapi kenapa saya tengok kat luar sana tak
ramai orang pakai’ saya hanya mampu menjawab ‘ ikut pada kehendak diri
masing-masing’. Saya tahu mungkin dia nak tahu macam mana cara hidup orang
islam. marilah kawan-kawanku,sama-sama kita perjuangan agama kita dari
dipandang rendah oleh agama lain..
insyallah...sama2 lah kita...
ReplyDelete:)
insyallah...sama2 lah kita...
ReplyDelete:)
betul 2... :)
ReplyDelete