haiiii semua? anda semua sihat ke? harap-harap sihat larh... kalau yang sakit itu jangan lupa makan ubat... bagi yang takut makan ubat.. cubalah makan.. kalu nak cepat sihat... (sebenarnya orang yang menulis niyh pun tak suka makan ubat yang cair tu weekkkk nak muntah kut bila sampai kerongkong..)
alhamdulilah allah swt mudahkan segala urusan-urusan saya.. untuk terus mendekatkan diri dengan-NYA.. banyak dugaan yang datang bila kita nak berubah niyh... mcm saya.. saya tahu kadang-kadang apa yang kita buat niyh orang sangka lain.. kata kita macam-macam.. tapi syukur alhamdulilah saya ambik semua itu sebagai ujian allah buat saya.. bila kita cuma mampu berniat ingin berubah tapi kadang-kadang niat kita itu akan berubah dengan sekelip mata.. untuk menguatkan lagi perhijrahan kita.. dekatkan diri dengan rumah allah, hayati laungan azan, membaca Al-Quran ataupun zikir.. insyaAllah hati kita akan terpaut untuk terus kekal dijalan-NYA..
haritu saya dapat cuti seminggu.. alhamdulilah masih diberi peluang untuk melihat masjid yang besar di kuala lumpur iaitu MASJID PUTRAJAYA.. sampai je dekat sana saya terus menunaikan solat sunat.. cantik tempatnya.. sejuk je hati bila masuk rumah allah niyh... bayangkan orang bukan islam sudi nak melawat rumah allah niyh.. mereka begitu suka dengan design masjid niyh.. saya sempat ambik gambar di masjid putrajaya itu tapi tak banyak larh...
.Masjid Pertama Kunjunganku.
-Masjid Putrajaya-
.niyh gambar luar masjid.
-Belah dalam masjid-
-Bahagian koridor-
-sama dengan yang atas tadi-
-Sejuk je mata memandang design luar dengan dalam masjid putrajaya niyh-
niyh pula masjid kunjungan kami yang kedua.. dekat je dengan KLCC.. kebetulan dok jalan-jalan kat situ...ramai kut orang kalu hari sabtu kat KLCC... sedang kami jalan-jalan azan asar bergumandang.. apa lagi kami pun singgah untuk tunaikan solat asar di masjid yang dekat dengan KLCC tu... jalan-jalan juga tapi perkara yang wajib harus ditunaikan dahulu.. perkongsiaan bersama-sama.. buat anda dan saya...
.Masjid Kedua Kunjunganku.
-Masjid As-Syakirin-
.Bahagian Lelaki.
-Bahagian luar-
-tempat perempuan bahagian atas-
-Ini Bahagian bawah-
-kat sini pun boleh sembahyang juga-
-Nama Masjid-
-ini bahagian atas-
-tengok itu orang tengah belajar pasal agama-
kami baru ingat nak pi jalan kat masjid india... akhirnya rahmat allah turun mencurahi bumi.. tak kesempatan nak pi.. jadi kami ambik keputusan tunggu sampai hujan reda dan kami pun mulakan perjalanan ke masjid seterusnya iaitu masjid india... travel tetap travel.. alhamdulilah disana kami dapat menunaikan solat maghrib berjemaah... masjid yang tertua kut kat k.l niyh.. warna dinding pun nampak dah pudar semacam.. kami pun melangkah masuk masjid india niyh.. tapi kami tak tahu tempat solat perempuan kat belah mana jadi kami tanya pakcik yang jaga masjid niyh... pakcik itu pun tunjuk tempat solat bagi perempuan tapi siap pesan barang berharga jaga sebab takut ada orang curi... kami terkejut juga dalam masjid pun nak mencuri juga... terpaksa kami taruk semua barang berharga berdekatan dengan kami... gambarnya sikit je yang mampu ambik... sebab keletihan berjalan dari pagi sampai ke senja..
-Masjid yang ketiga-
-Masjid India-
-waktu malam-
-ini tempat untuk solat kalu kat dalam tak muat-
-ini gambar masa kami sampai kat masjid india ni-
-gambar kat dalam tempat perempuan-
biar letih asalkan hati rasa tenang dan damai bila melihat rumah allah.. dapat solat berjemaah.. dapat mendengar laungan azan... bila kita betul menghayati laugan azan hati kita akan rasa tersentuh dan airmata mula mengalir bila mengenang dosa-dosa kita... MasyaAllah besar betul kebesaran allah.. T_T..
sampai sini saja cerita saya hari niyh... sama-sama kita mengejar ilmu akhirat yang selamanya buat kita.. supaya kita tak tergolong dengan orang-orang yang rugi..
-selamat malam-
Assalammualaikum w.b.t..
DARI: KISAH SEORANG MUSLIMAH















No comments:
Post a Comment