This me..

This me..

Sunday, 2 February 2014

Al-Quran dan zikirullah... ^^

Bismillahhirrahmannirrahim... Assalammualaikum.. w.b.t

Tajuk hari sungguh mendalam maksudnya..

dimanakah anda meletakan Al-Quran anda? Adakah anda simpan Al-Quran didalam almari tanpa membukanya ? sampai berhabuk bagai baru anda nak buka? masya-Allah...

Baca satu helai setiap kali anda selesai solat pun dah dapat pahala.. Walaupun anda tidak tahu baca anda boleh membaca surah-surah yang ringkas didalam Al-Quran.. kalau anda tak tahu baca langsung sekurangnya anda buka dan paham maksud didalamnya... Islam itu mudah tapi manusia memikirkannya susah diikuti...

Ambil masa 20 minit untuk meninggalkan hal dunia pun kita tidak mampu.. Bila kita menunaikan solat jadi tidak khsuyuk disebab mengejarkan kerja dan perkara-perkara yang tidak berfaedah...

'Ingatlah wahai manusia sebelum kamu terlambat' Peringatan buat diri saya jua...

Saya tersentap juga bila mendengar mak saya berkata begini pada saya

' Mak... uda nak beli novel' kata aku pada mak..

'Daripada kamu baca novel baik kamu baca Al-Quran' Jawab mak.

Muka aku agak terkejut juga dengan ayat mak 'Betul juga kata mak. aku baca Al-Quran pun tersangkut-sangkut lagi' Bisik aku didalam hati.

*sayang mak.. ^_^

Selepas solat jangan tahu nak terus doa je. Sebaiknya duduk sekejap sambil berzikirullah 'SubhanaAllah 33kali- Alhamdulilah 33kali- Allahuakbar 33kali sebelum kita baca doa.. Jangan tergesa berdoa nanti tak dimakbulkan doanya.

Bila kita sentiasa mengamal kebaikan insya Allah kita mampu menjadi seorang muslim yang baik didunia mahupun akhirat... Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai makanan kehidupan harian kita semua untuk bekalan diakhirat kelak....

Insya Allah kalau aku diizinkan untuk bernikah didunia ni..
aku nak didik anak-anak aku menjadi anak yang soleh wa solehah..



p/s: Boring baca blog saya... saya tak kisah asalkan saya dapat berdakwah disini kerana disini medan saya berdakwah pada anda semua.. jika ada kesilapan diatas dakwah saya.. sila komen dibawa... kita sama-sama saling membimbing.. insya Allah kita sama-sama menuju jalan benar..

No comments:

Post a Comment