Bismillahhirrahmannirahim... Assalammualaikum w.b.t
Aku hamba Allah...
yang mencari jalan redhanya
Aku sesat selama ini...
hingga aku temui satu jalan...
Aku kembali bersujud pada jalan-Nya...
Mulut ini Sentiasa menyebut Nama-nama-Mu..
Mata ini sentiasa memandang keindahan pemberian dari-Mu..
Tangan ini sentiasa berdoa memohon ampun pada-Mu
Kaki ini sentiasa berdiri atas jalanMu yang satu...
ku kembali pada jalan Redha-MU...
ku menutup auratku kerana takut akan azab-Mu...
Ku menangis setiap masa bila mengenang dosa-dosaku pada-Mu...
Duga demi Duga datang dalam hidup aku..
alhamdulilah hari dah masuk 13 ramadan... tak sangka cepat masa berlalu.. ramadan makin lama makin menghilang... rasa sedih bila nak meninggalkan bulan yang mulia ini...
Selama 5 tahun aku mencari siapa diri aku yang sebenarnya... akhirnya aku dah temuinya.. aku ni jenis yang mudah terasa dan mudah menangis... aku ni jenis setia susah nak permainkan perasaan orang tapi sekali orang permainkan perasaan aku terus aku balas dengan permainkan perasaan dyeorang.. aku jenis suka berpakaian sopan bila ke mana-mana.. aku jenis kurang nak ber 'Makeup' bila keluar.. aku suka muka natural... aku ni suka bergurau dan tersenyum.. sampai ternampak lesung pipit yang selama ni aku sorokkan... bila aku senyum je nampak lesung pipitnya.. aku mula rasa gelabah bila buat satu kesalahan.. tangan aku cepat berpeluh bila takut... aku ni suka gigit kuku... habis pendek kuku aku dibuatnya..
aku ni hanya manusia biasa bernama 'Nurul Huda' aku dilahir di negeri melaka tapi membesar sepenuhnya di perak... biasalah abah aku mekanik dalam kem askar... aku suka warna pink tapi mak kata aku poyo minat warna pink... nak wat macam mana anakmu sudah minat warna tu... aku still minat warna pink... aku ni suka dengar lagu jiwang dan nasyid... aku suka muzik yang mendayu-dayu...
aku tak sempurna... lelaki yang aku kenal semuanya jenis pandang pada rupa dan wang... aku ni nak dikatakan lurus bendul juga bak kata kakak aku 'Aku ni mudah percaya lelaki' aku sedar.. biar saja jodoh itu datang bila sudah tiba waktunya.. aku suka dengar 'Bernikah dulu baru bercinta'..
aku seorang adik perempuan bongsu dalam keluarga... kakak-kakak aku cukup sayangkan aku... aku rasa best bila ada kakak sebab dapat luahkan segala masalah... kakak-kakak aku cukup jaga aku sampai dia pernah sound bekas pakwe aku dulu... memang terbaiklah... uda sayang korang...
aku ni jenis makan apa saja yang mak masaklah.. tapi bila makan dekat luar aku jenis memilih juga... heheheh siapa yang jadi suami aku nanti mesti susahkan nak jaga aku... aku ni jenis gadis yang simple... pakai baju pun jubah atau baju muslimah je... nak bergaya pun aku tak reti sangat kebanyakannya kakak aku yang selalu tolong....
nilah aku 'Nurul Huda'...
inilah diri aku yang sebenar...
No comments:
Post a Comment