This me..

This me..

Wednesday, 27 March 2013

Hari DEMI Hari...


Bismillahhirrahmannirrahim.. Assalammualaikum. W.b.t

Tengok tajuk macam takut je kan, cepatkan masa berlalu tut..tut dah nak penghujung bulan 3 dah.. banyak ilmu akhirat dan dunia yang saya ada sekarang syukur alhamdulilah walaupun masih sedikit ilmunya tapi saya bersyukur sangat.. harap dengan ilmu itu dapat membimbing saya satu hari nanti…

Macam tak percayakan umur saya dah nak masuk 20 tahun dan tinggal lagi setahun untuk saya menghabiskan diploma saya.. saya mula terfikir, adakah saya bersedia nak bertemu denganNYA? Adakah cukup amalan yang saya kumpul didunia ni untuk mengadapNYA? Dimana tempat saya nanti di syurga atau di neraka-NYA? Semua itu menjadi rahsia ALLAH.. tidak satu pun yang kita tahu selain ALLAH..

Selagi masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ni.. banyakkan mengingati ALLAH dari hal-hal dunia.. kadang-kadang kita lalai dengan dunia sampai kita abaikan suruhanNYA.. kita mula kembali ke jalanNYA untuk memohon keampunan dariNYA dari atas kelalaian kita.. kita kena jaga hati dan iman kita di mana jua kita berada.. Banyak yang kita tengok sekarang macam-macam yang berlaku kat negara kita sekarang.. kebanyakan anak-anak muda sekarang terpengaruh dengan gaya-gaya orang barat.. saya hanya mampu melihat dan berdoa buat mereka yang masih jauh tersesat.. walaupun mereka melihat saya pelik dengan menutup rapi diri saya dari pandangan orang.. biar dimata mereka melihat saya kuno tak tahu fahsion tapi itu yang ALLAH suka… saya lakukan semua ni kerana niat saya adalah kerana ALLAH itu je.. saya hanya seorang gadis yang jahil dan seorang gadis yang penuh dengan dosa.. tapi hanya padaNYA tempat saya bergantung…saya masih teringat masa saya sekolah dulu, kawan india tanya saya ‘tudung itu wajibkan awak pakai masa pergi mana-mana kan’ saya terkejut juga dengan pertanyaannya.. saya hanya mampu jawab ‘tudung memang wajib bagi kami orang islam untuk pakai masa pergi mana-mana’ itu je yang mampu saya jawab. Kawan berbangsa india itu tanya lagi ‘tapi kenapa saya tengok kat luar sana tak ramai orang pakai’ saya hanya mampu menjawab ‘ ikut pada kehendak diri masing-masing’. Saya tahu mungkin dia nak tahu macam mana cara hidup orang islam. marilah kawan-kawanku,sama-sama kita perjuangan agama kita dari dipandang rendah oleh agama lain..



Monday, 11 March 2013

-Luahan hati SEORANG ANAK-

Bismillahirrahmannirrahim.. Assalammualaikum. w.b.t

Syukur alhamdulilah dengan izin-NYA saya masih disini untuk terus perbaiki kelemahan dalam diri dari semasa ke semasa... Dapat berkongsi cerita dengan korang semua... walaupun cerita saya ini bukan yang best sangat... korang tengok tajuk macam sedih je kan.. dugaan study ni terpaksa berkorban demi bahagiakan kedua orang tua kita... terpaksa berjauhan demi mendapat segulung diploma...

Bila kita melihat tangan kita... dulu masa kecil tangan ini mak dan ayah kita selalu pimpin ke mana kita pergi.. sekarang kita dah tak perlu lagi dipimpin sebaliknya kita pula yang pimpin tangan mereka...

Bila kita sedih... mak dan abah hiburkan kita... sekarang kita pula harus membahagiakan mereka dengan kejayaan kita didunia mahupun akhirat...

Bila time sekolah dulu mak dan abah selalu mengambil kita kat sekolah... tapi sekarang balik sendiri naik bas untuk berjumpa dengan mereka... sebab tak nak menyusahkan mereka...

Dulu mak dan abah selalu menyambut befday kami adik beradik... tapi kali ni kami adik beradik pula nak sambut befday mereka... nak belikan hadiah untuk mereka... walaupun mereka kata jangan membazir duit untuk mereka... kami adik beradik tetap nak beli juga hadiah buat mereka...

sayu hati bila melihat wajah mak dan abah... abah sanggup berkerja demi saya dan kakak yang masih belajar.. teringat kata-kata abah semalam ' kamu nanti boleh jaga abah'... huhuhuhu tahan diri dari menangis kat situ sebab tak nak buat abah sedih... Insha ALLAH.. selagi uda hidup dimuka bumi ini... uda akan jaga mak dan abah... uda tak mampu nak balas jasa mak dengan abah...

semoga mak dan abah selalu berada dalam lindungan ALLAH... Insha ALLAH... doa uda buat mak dan abah tidak pernah putus...

p/s: hargailah kedua orang tua kita sebelum terlambat...




Monday, 4 February 2013

Terima kasih KELUARGAKU...

Bismillahirahmannirahim... Assalammualaikum. W.B.T

Syukur alhamdulilah kerana memberikan saya sebuah keluarga yang baik dan memahami saya.. walaupun sekarang saya dah memiliki dua keluarga...hehe... nak tahu kenapa saya kata saya ada dua keluarga.. sebab mak dengan ayah kandung saya masing-masing dah bina keluarga baru.. tapi saya bersyukur kerana memiliki ayah dan mak tiri baik...

Terima kasih pada mak dan abah yang banyak memberi kata-kata semangat pada saya untuk perbaiki diri ke jalanNYA... banyak memberi kata-kata nasihat.. Mereka tersenyum bila melihat perubahan saya... saya nak jadi anak yang solehah di mata ALLAH SWT dan keluarga... itu impian saya..

Terima kasih pada kakak-kakak saya tak jemu-jemu memberi kekuatan pada saya untuk maju ke depan... Tapi syukur alhamdulilah ALLAH SWT memakbulkan doa mak dengan saya untuk melihat perubahan kakak-kakak saya... Tapi saya tidak pernah berhenti berdoa untuk mereka yang saya sayangi...

Terima kasih adik-adik terunaku... kerana selalu mendengar bebelan kakakmu ini.. saya sebenarnya tak suka   nak membebel ini... Tapi adik-adik saya yang buatkan saya suka membebel... saya nak mereka menjadi seorang lelaki yang baik di mata ALLAH SWT...

InsyaAllah kalu dipanjangkan umur untuk saya berkahwin... Saya nak bahagiakan keluarga dahulu baru orang lain... itu yang saya mahu dalam hidup saya... kerana selama 20 tahun saya hidup dengan keluarga... keluarga yang lebih mengenali saya...

dari saya.... (anak puan zuraida dan en fuad..)

Solat WITIR...

Bismillahirahmannirahim.. Assalammualaikum. W.B.T

Syukur alhamdulilah kerana masih diberi peluang untuk diri ini berubah  ke arah yang lebih baik... Hari ini saya nak kongsi solat yang paling disukai oleh Nabi Muhammad SAW.. iaitu solat witir...

...SOLAT WITIR...

Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”  (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)

 Fadhilat Solat Witir

1.     Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2.     Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3.     Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat    kelak.

Cara Melaksanakannya:

.
1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2.  Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
.
3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.

4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.

5.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.

Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”
.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”


WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR

.
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)

2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:

3.  Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:



4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:


5.  Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir

Hukum Tangguh Witir ~ Harus

.
  1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda  Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam“Tidak ada dua witir pada satu malam.”
.
Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ.

Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).













Sunday, 3 February 2013

aku hamba yang HINA...

Bismillahhirahmanirahim.. Assalammualaikum W.B.T..

Syukur alhamdulilah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di atas bumiNYA... bertapa indah berada diatas landasan cinta illahi... menghayati ciptaanNYA yang ada di langit mahupun di bumi...

aku hanya hambaMU yang hina... aku hambaMU yang berdosa... bertapa diri ini malu ketika mengadapMU.. menitis airmataku tika mengucap setiap ayat-ayat suciMU...

aku tidak pernah lari dari melakukan kesilapan... tapi aku sedar... aku kembali menginsafi diri ini... setiap hari  aku menulis kisah ilmu Allah di laman social... bukan bermakna aku sempurna... aku masih mencari dan perbaiki segala kekurangan dalam diri ini... didalam aku berkongsi ilmu Allah bersama-sama dengan sahabat-sahabatku dalam masa yang sama aku meningkat ilmu Allah dalam diri ini...

aku tidak berniat ingin menunjuk yang aku ini alim cuma ingin memberi peringatan buat diri ini... bertapa dunia ini bukan selamanya buatku... dunia hanya permainan semata-mata... yang cuba mengaburi mataku dari mengingati akhirat... tapi aku sedar kematian sentiasa hampir dengan aku... aku tidak mahu mengadapNYA dengan dosa-dosa yang menimbun di atas bahuku... aku ingin mengumpul pahala di atas di dunia ini sebelum aku mengadapNYA...

Bila diri ini didalam kerunsingan AL-QURAN menjadi penemanku...
Bila diri ini didalam tidak tenang ZIKIRULLAH menjadi penemanku...
Bila diri ini didalam kekosangan SOLAT menjadi hatiku penuh dengan rasa cinta...

aku akan terus meningkat iman dalam diri ini... terus bermuhasabah diri... demi menjadi hamba yang berada dalam redhaNYA... insyaAllah...




Thursday, 17 January 2013

keinsafan diri ini... T_T

Bismillahhirrahmanirahim... Assalammualaikum W.B.T

bertapa sedihnya diri ini bila dulunya saya terlampau mengejar dunia dari akhirat tempat yang selamanya buat saya... baru sekarang saya dapat pelajari semuanya... allah swt masih memberi saya peluang untuk pelajarinya sebelum saya mengadap-NYA... saya bersyukur kerana allah swt mudahkan saya untuk melalui jalan-NYA...

-Yang membuat saya ingin berubah-

Bila saya mula menjejak kaki ke rumah Allah... mendengar seruan azan bergumandang... bertapa kerdilnya diri saya... menghayati setiap baris seruan azan... dari situ hati saya mula terasa sayu dan sedih... mula mengingat kembali dosa-dosa yang saya lakukan selama saya hidup di dunia ini....

Bila saya mula dekatkan diri ini dengan rumah Allah... hati mula akan terasa rindu dan ingin duduk disitu untuk terus memohon ampun dari illahi... saya tahu allah mendengar doa orang yang ingin kembali ke jalan-NYA dan tinggalkan segala larangan-NYA....

Selepas saya mula mendekatkan diri dengan rumah allah... saya cuba pula mendekatkan diri dengan Al-Quran dan Zikirullah... Saya tahu semua janji allah swt sudah tertulis didalam Al-Quran... Bila saya mula mendengar alunan bacaan Al-Quran dan Zikirullah hati saya mula menjadi tenang dan hati terasa dekat dengan-NYA...
Disamping itu, saya dapat perbaiki segala kekurangan saya dalam setiap bacaan yang saya baca dan saya mula jadi Al-Quran dan Zikirullah sebagai pengisi masa lapang saya... insyaAllah hati saya sentiasa didalam lindungi-NYA..

saya mula menjaga aurat saya... saya mula memakai tudung start dari tingkatan 3... itu yang membuat saya ingin terus kekal dijalan-NYA... walaupun saya sering melakukan larangan-NYA... tapi niat saya untuk terus berubah masih kuat... saya mula memakai pakaian yang menutupi aurat saya... saya banyak belajar dari kawan-kawan di FB yang mengajar saya ke arah yang lebih baik... terima kasih sahabat-sahabatku

saya berubah kerana takut pada azab allah... bukan ingin menunjuk yang diri ini begitu sempurna... saya banyak kelemahan... saya masih belajar.... saya ingin cantikan diri saya pada allah bukan pada manusia...
saya harap sangat perhijrahan ke jalan yang suci ini dirahmati oleh-NYA... insyaAllah...

saya menulis melalui hati yang tulus... ^_^....



anda yang masih tersesat
kembalilah ke jalan allah
sesungguhnya allah itu maha pengampun




Thursday, 10 January 2013

2013...

Bismillahhirrahmannirahim... Assalammualaikum.. W..b.t

dah lama tak tulis blog... biasalah penulisnya sibuk dengan belajar katakan... kena fokus lebih pada belajar sebab itu masa depan kan... jadi hari ini baru berpeluang nak update... saya je baru sekarang nak wish tahun baru buat anda semua... sedangkan hari ni dah masuk 11.1.2013 dah... bagi saya masih belum terlambatkan...

alhamdulilah kerana allah swt masih memberi saya dan anda semua peluang untuk terus hidup diatas muka bumi ni... bukan untuk terus melakukan dosa sebaliknya untuk terus mengubahkan diri kita kearah kebaikan... sesungguhnya allah itu maha pengampun...

jadikan tahun baru ni untuk perbaiki segala kelemahan kita dalam mendekatkan diri pada-NYA... dalam bab solat... akhlak... dan sebagainya...

-Azam saya untuk tahun 2013-

-Nak jadi seorang muslimah yang sejati.
-Nak jaga aurat.
-Nak jaga hubungan dengan allah, keluarga dan kawan-kawan.
-Nak naik kan pointer.
-Nak menghafal Al-Quran (insyaAllah)
-Nak penuh diri dengan akidah islam.
-Nak bahagiakan keluarga.

anda semua mesti ada azam untuk tahun baru ni kan... saya doakan anda semua dapat mencapai azam untuk tahun baru ini... banyakkan istiqomah ye..sama-sama kita menjaga agama kita...


ayuh..! bangkit kawan-kawanku
sama-sama berjuang ke jalan Allah