Bismillahhirrahmannirahim... Assalammualaikum w.b.t
Syukur Alhamdulilah...kerana masih diberi peluang untuk menulis.. lama juga saya dah tak update blog sebab terlampau sibuk berkerja dan habis masa dengan keluarga tercinta...
Bila dikata Nikmat dariNya... Ya Allah begitu banyak yang telah DIA berikan padaku dan keluarga... alhamdulilah sekarang saya dah berkerja demi membantu keluarga... biar penat asalkan dapat membantu keluarga dari segi kewangan.
Saya bersyukur kerana masih ada keluarga yang disisi selalu memberi kata-kata semangat.. dari orang lain yang ada ibu dan ayah pun sanggup abaikan dyeorang demi kepentingan diri sendiri.. Ya Allah.. kenapa dengan manusia zaman sekarang? sedih mengenangkan nasib orang tua yang berkeliaran diluar sana meminta sedekah ditepi jalan.
Saya syukur sebab dapat menamatkan pengajian diploma saya dengan baik walaupun result orang kata mcm cukup-cukup makan tapi saya bangga dengan keputusan yang saya dapat dari orang lain nak sambung belajar pun tak mampu sanggup berkerja untuk mengumpul duit demi nak belajar.
Terima kasih YA ALLAH diatas segala pinjamMU buat dariMU ini... aku bersyukur sangat...
saya sayang keluarga saya.... ^_^
This me..
Friday, 20 June 2014
Friday, 9 May 2014
Tamat sudah pengajianku selama 3 tahun..
Bismillahhirrahmannirrahim... Assalammualaikum w.b.t
harini ini baru dapat peluang untuk update blog... sebab sibuk siapkan report dan slide untuk presentation sem akhir... tak sangka pejam celik pejam celik saya dah tamat belajar.. sekarang tengah honeymoon dekat rumah sebulan..
cerita pasal belajar ni.. banyak kut nak dikongsikan... saya belajar dekat perak keluarga saya duduk dekat johor.. nampak betapa jauhnya si anak manja dengan keluargannya (terpikir sekejap manja ke) hehehe... sepanjang belajar kat perak ni.. macam-macam berlaku seperti suka dan duka...
Pada kali pertama jejak kaki kat kolej ni, rasa macam best je rasa tak sabar nak masuk belajar. melihat tempat belajarnya cukup selesa. asrama yang diberi pun cukup-cukup selesa sebab boleh masak. asrama saya ni macam kondo gitu. dalam dia ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air..
Saya duduk bilik yang pertama bersama 3 orang kawan saya. masa ni best sangat sebab duduk dengan kawan-kawankan.. beberapa hari start belajar, saya mengalami gastrik yang terlampau (memang teruk sakit masa ni) kawan-kawan saya risau sebab kaki start sejuk. dyeorang terus telifon warden tapi warden dekat blok kami tak ada. jadi terpaksalah bagitahu dekat guard dekat bawa. guard dekat bawa terus call ambulance (dalam sejarah naik ambulance pukul 2 pagi).
Sepanjang saya dekat sini, ada seorang kakak ini (kawan satu bilik) dia yang banyak menasihati saya untuk berubah kepadaNya.. walaupun kakak ini dapat tawaran belajar dekat kolej lain kami still berhubung sampai sekarang. saya sayangkan dia (kak tirah). semenjak kakak ini berpindah, kawan serumah mula berpecah disebabkan salah paham.
akhirnya tinggalkan kami bertiga dalam rumah itu (saya, ida dan kak ira). tapi kak ira pun tak lama sebab dia akan pergi posting dan tinggallah saya dengan ida dekat rumah.
Perjalanan kami dekat kondo tu tak lama sebab terpaksa berpindah ke asrama betul kolej ini. Bermulalah perjalanan kami dekat asrama khantan, chemor pula. disana kami bercampur dengan bermacam-macam course seperti (nursing, pharmacy dan medical lab) tapi senior dekat sini semua jenis pandang orang macam nak makan. (seram pun ada).
sepanjang dekat asrama khantan ni, kat dalam asrama ni ada cafe (senang nak cari makan) tapi dari segi harga bolehlah murah. tapi kawan saya ida ini lebih suka masak dari beli dekat luar, jadi dekat asrama khantan ini setiap hari selesa dengan sabtu ada pasar malam jadi dapatlah kami beli barang nak masak (masak pun kena ikut mood kalau rasa nak masak baru masak) macam-macam kami masak sepanjang duduk asrama khantan ni.
di pertengahan sem 8 (sebab kami kolej jadi sampailah sem 9). ketua kelas kami bercadang nak buat event untuk batch kami sebagai kenangan. buat dekat hotel memang kena kutip duit untuk siapa nak pergi event tu.
jadi sepanjang event tu.... mesti anda nak tahukan... saya sajikan dengan gambar jelah (tangan letih menaip ni) hihihi
saya dengan kawan baik saya (wahida)
wahida, kai ling dan saya
peace for you all
munira-wahida-kai ling-me
dengan lecture kesayangan kami
semoga persahabatan kami kekal hingga ke akhir hayat.
kalau cerita pasal belajar memang banyak kut.
ini je mampu saya tulis..
pengalaman belajar banyak mengajar saya untuk hidup berdikari.
terima kasih pada keluarga saya
yang telah banyak bagi bimbingan dan sokongan pada saya sepanjang belajar ni.
terima kasih pada kawan-kawanku.
terima kasih sentiasa berada disisiku dikala susah dan senang..
Saturday, 29 March 2014
Aku hanya manusia BIASA
Bismillahhirrahmannirrahim
Assalammualaikum w.b.t...
Begitu pantas berlalu, didalam masa yang pantas berlalu inilah yang banyak mematangkan diriku untuk terus menjaga hubunganku dengan-Mu Ya Rabbi. Disamping itu saya menjaga hubungan saya dengan sesama manusia. Ramai yang melihat perubahan diri saya mereka menganggap saya sebagai seorang 'Ustazah'. saya akui gelaran itu terlalu besar bagi saya, saya hanya manusia yang jahil masih lagi dalam perhijrahan menuju ke jalan-Nya.. saya pun seperti kalian, bagi yang baru pakai tudung itu mulakan dengan niat. insya Allah dengan niat yang ingin berubah kalian akan jadi selesa untuk bertudung terus. bagi yang rasa macam pakai tudung kejap pakai kejap buka. perbaharuilah niat kalian 'Anda bertudung sebab apa? ingin menjaga aurat atau takut akan azabNya?
Saya tahu kalian boleh menjadi seorang muslimah yang sejati.. jika kalian sentiasa perbaharui niat kalian demi menjaga maruah kalian sebagai seorang wanita.. jadilah wanita yang berduri yang sukar disentuh oleh mana lelaki selain yang benar ikhlas memilikmu. jangan jadi seperti gula-gula yang telah dikeliling semut disebabkan telah terdedah dari plastiknya. jadilah seperti gula-gula yang tertutup rapi tanpa dikeliling semut.
saya selesa bila bertudung labuh ni sebab saya rasa dilindungi, seperti satu ketika saya menaiki bas pulang ke asrama masa saya naik nak dikata separuh dari bas itu dipenuhi dengan warga asing mau tak terkejut saya dibuatnya. saya ambil keputusan duduk dibahagian kerusi yang kosong. saya duduk je ramai pula yang naik sebab bas pi kuala kangsar ni memang selalu penuh. mereka pandang saja saya mereka tidak berani nak duduk tapi bila uncle bas suruh duduk baru dyeorang duduk tapi jauhlah dari saya.
semenjak tu saya selalu kumpul baju-baju labuh, tudung labuh, sarung tangan dengan stokin.. haritu balik rumah mengadu dengan mak 'Mak stokin uda dah banyak hilang' mengadu manja gitu. Masa haritu keluar dengan mak pi bazaar karat (itu panggilan orang johor) lebih kurang macam pasar malam. sampai saja dekat sana mak terus tanya 'Kamu kata nak stokin?ambiklah mak belanje' kata mak. saya dah tersenyum sampai ke telinga.
Bila kita mula menuju kearah perubahan diri kita, ramai yang akan turut ikut jejak kita untuk sama-sama berubah kearah yang Benar. buat masa sekarang makcik saya turut dalam perhijrahan. saya banyak berkongsi ilmu dengan dia tapi apa yang saya tahu saja yang saya kongsi. Dekat asrama pula ramai kawan-kawan saya berkata 'Teringin nak jadi macam huda' saya sentiasa doakan mereka turut sama menjaga hubungan dengan Maha Esa.. tak rugi untuk kita berubah sebaliknya Kita dapat perlindungan dari-Nya dan dapat pahala.. bila asyik melakukan dosa apa yang kita dapat.. Ingat Allah swt sentiasa memerhatikan kita walaupun manusia didunia ini tidak nampak apa yang kita sembunyikan.
Pesan saya buat kaum muslimah diluar sana..
Jangan malu untuk berubah tapi malu dengan dosa yang kita lakukan sepanjang kita hidup didunia ini. semua orang mesti ingin pengakhiran yang baik dalam hidupnya. jadi jagalah maruahmu demi agamamu..Wahai muslimah Allah cinta padamu dan rasulullah kasih padamu..
...doaku setiap hari..
Sunday, 2 February 2014
Al-Quran dan zikirullah... ^^
Bismillahhirrahmannirrahim... Assalammualaikum.. w.b.t
Tajuk hari sungguh mendalam maksudnya..
dimanakah anda meletakan Al-Quran anda? Adakah anda simpan Al-Quran didalam almari tanpa membukanya ? sampai berhabuk bagai baru anda nak buka? masya-Allah...
Baca satu helai setiap kali anda selesai solat pun dah dapat pahala.. Walaupun anda tidak tahu baca anda boleh membaca surah-surah yang ringkas didalam Al-Quran.. kalau anda tak tahu baca langsung sekurangnya anda buka dan paham maksud didalamnya... Islam itu mudah tapi manusia memikirkannya susah diikuti...
Ambil masa 20 minit untuk meninggalkan hal dunia pun kita tidak mampu.. Bila kita menunaikan solat jadi tidak khsuyuk disebab mengejarkan kerja dan perkara-perkara yang tidak berfaedah...
'Ingatlah wahai manusia sebelum kamu terlambat' Peringatan buat diri saya jua...
Saya tersentap juga bila mendengar mak saya berkata begini pada saya
' Mak... uda nak beli novel' kata aku pada mak..
'Daripada kamu baca novel baik kamu baca Al-Quran' Jawab mak.
Muka aku agak terkejut juga dengan ayat mak 'Betul juga kata mak. aku baca Al-Quran pun tersangkut-sangkut lagi' Bisik aku didalam hati.
*sayang mak.. ^_^
Selepas solat jangan tahu nak terus doa je. Sebaiknya duduk sekejap sambil berzikirullah 'SubhanaAllah 33kali- Alhamdulilah 33kali- Allahuakbar 33kali sebelum kita baca doa.. Jangan tergesa berdoa nanti tak dimakbulkan doanya.
Bila kita sentiasa mengamal kebaikan insya Allah kita mampu menjadi seorang muslim yang baik didunia mahupun akhirat... Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai makanan kehidupan harian kita semua untuk bekalan diakhirat kelak....
p/s: Boring baca blog saya... saya tak kisah asalkan saya dapat berdakwah disini kerana disini medan saya berdakwah pada anda semua.. jika ada kesilapan diatas dakwah saya.. sila komen dibawa... kita sama-sama saling membimbing.. insya Allah kita sama-sama menuju jalan benar..
Tajuk hari sungguh mendalam maksudnya..
dimanakah anda meletakan Al-Quran anda? Adakah anda simpan Al-Quran didalam almari tanpa membukanya ? sampai berhabuk bagai baru anda nak buka? masya-Allah...
Baca satu helai setiap kali anda selesai solat pun dah dapat pahala.. Walaupun anda tidak tahu baca anda boleh membaca surah-surah yang ringkas didalam Al-Quran.. kalau anda tak tahu baca langsung sekurangnya anda buka dan paham maksud didalamnya... Islam itu mudah tapi manusia memikirkannya susah diikuti...
Ambil masa 20 minit untuk meninggalkan hal dunia pun kita tidak mampu.. Bila kita menunaikan solat jadi tidak khsuyuk disebab mengejarkan kerja dan perkara-perkara yang tidak berfaedah...
'Ingatlah wahai manusia sebelum kamu terlambat' Peringatan buat diri saya jua...
Saya tersentap juga bila mendengar mak saya berkata begini pada saya
' Mak... uda nak beli novel' kata aku pada mak..
'Daripada kamu baca novel baik kamu baca Al-Quran' Jawab mak.
Muka aku agak terkejut juga dengan ayat mak 'Betul juga kata mak. aku baca Al-Quran pun tersangkut-sangkut lagi' Bisik aku didalam hati.
*sayang mak.. ^_^
Selepas solat jangan tahu nak terus doa je. Sebaiknya duduk sekejap sambil berzikirullah 'SubhanaAllah 33kali- Alhamdulilah 33kali- Allahuakbar 33kali sebelum kita baca doa.. Jangan tergesa berdoa nanti tak dimakbulkan doanya.
Bila kita sentiasa mengamal kebaikan insya Allah kita mampu menjadi seorang muslim yang baik didunia mahupun akhirat... Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai makanan kehidupan harian kita semua untuk bekalan diakhirat kelak....
Insya Allah kalau aku diizinkan untuk bernikah didunia ni..
aku nak didik anak-anak aku menjadi anak yang soleh wa solehah..
Friday, 31 January 2014
Bersyukur dengan perhijrahan diriku...
Bismillahhirrahmannirrahim... Assalammualaikum W.B.T....
Apa khabar semua? sihat ke? saya tahu mesti kamu-kamu semua sihat kalau tak takkan dapat baca blog saya ni... hehehe.. (Perasan sekejap)... harini tiba-tiba pula terlintas nak tulis pasal tajuk diatas ni...
Kalau diberikan peluang untuk saya berputar kembali ke zaman dulu.. nak saya berputar kembali untuk perbaiki segala dosa-dosa dahulu... tapi siapa saya untuk berbuat demikian saya hanyalah manusia biasa... Sebab tu Allah tu maha pengampun jadi mohon ampun padaNya...
'Katakanlah: Wahai Hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampun semua dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Zumar: ayat 53)
Percayalah sesungguhnya hanya DIA sahaja yang maha penerima taubat seseorang. jangan malu untuk berubah tapi malu dari melakukan dosa dan dosa... Setiap yang hidup pasti nak pengakhiran hidupnya mesti baik dan ditempat dikalangan orang soleh. jadi ingat dunia sentiasa menjadi ujian buat kita..
Jangan terlampau mengejar dunia sampai kita lupa pada kewajipan kita sebagai hambaNya tapi Syukur Alhamdulilah saya masih ada diatas jalanNya hingga kesaat ini... Setiap manusia ada melakukan kesilapan.. kalau seseorang kawan-kawan seislam kita nak berubah janganlah kita memperlekehkan niatnya.. bawalah dia sama-sama menuju ke arah baik...
P/S:harini saya happy sangat sebab mak saya 'Hadiahkan' baju-baju buat saya.. suka sangat...(senyum sambil mengucapkan kata syukur).. terima kasih mak... huda sayang mak dengan abah dunia wa akhirat.....
doakan huda terus istiqamah dijalanNya...

~Gambar dengan baby muqit~
Wednesday, 8 January 2014
Kematian sentiasa menghampiri KU.
Bismillahhirrahmannirrahim. Assalammualaikum.
Menitis airmata aku bila setiap kali ini melelapkan mata,
didalam fikiran aku ‘Adakah ni malam terakhir aku? Akhirnya aku terlelap.
Tapi aku tersedar bila mendengar deringan jam telefon disisi
aku ‘Alhamdulilah masih ada lagi peluang untuk aku harini’ Aku mengucapkan kata
syukur bila bangun dari tidur.
Setiap manusia akan mengalami MATI tapi Ramai yang masih tak
sedar-sedar masih lagi bergembira melakukan dosa. SAKIT yang menimpa aku yang
banyak menyedarkan aku dari terus lalai dengan dunia yang penuh dengan nafsu.
Aku ditimpa deman yang sangat panas, aku sangka itu Cuma
deman biasa. Setiap hari aku makan ubat tapi still terasa panas membahang diri
ini. Aku menangis memohon ampun pada-NYA, bangun menunaikan solat walaupun
sakit. Aku tahu sakit untuk menyedarkan aku dari melakukan dosa, Aku merintih
memanggil mak tapi apa yang boleh aku buat sekarang aku jauh dari mak.
Aku ingat itulah hari terakhir aku melihat dunia, aku melelapkan
mata bila panas sampai ke mata tapi alhamdulilah ALLAH itu ingin menguji
ketaatan kita kepadaNYA. Tak kira waktu sakit atau sihat kita kena selalu
mengingati tentang rahmat-NYA pada kita.
INGAT LIMA PERKARA:
*SIHAT SEBELUM SAKIT
*MUDA SEBELUM TUA
*KAYA SEBELUM MISKIN
*LAPANG SEBELUM SEMPIT
*HIDUP SEBELUM MATI…
P/s: Ingat malaikat zirail akan datang bila tiba waktunya!!!
Sunday, 10 November 2013
Kisah AL MUQIT ISKANDAR...
Bismillahhirrahmannirrahim.. Assalammualaikum..
Syukur Alhamdulilah masih diberi peluang untuk menulis disini.. dah lama tak tulis blog.. harini ada masa juga nak menulis.. walaupun dah pukul 12 malam.. pun time macam dah tidur.. biasalah nama pun cuti haruslah tidur lambat.. nanti dah start kelas kenalah tidur awal...
asyik bercoleteh je baik kita balik pada tajuk diatas.. siapa ye Al Muqit Iskandar?...
Nilah adik kelapan saya.. huhuhuhu... mesti ramai yang tak percayakan.. saya dah 20 tahun boleh lagi dapat adik.. itu namanya rezeki dari ALLAH SWT buat keluarga saya...
Al Muqit Iskandar dilahirkan pada 28/6/2013.. dengan berat 2.9lebih.. kecil je kan.. nama itu diberi sering oleh mak saya.. Masa tu saya jauh di perak tak dapat nak ikut sambut baby Muqit.. Setiap masa kakak kedua saya akan update pasal mak kat saya.. Sampai terlelap saya menunggu akhirnya pada pukul 11.55 malam saya dapat call dari kakak kedua saya yang mak saya selamat melahirkan baby lelaki..
Beberapa bersyukurnya saya bila mendengar mak dan baby selamat.. esoknya kakak kedua saya hantar gambar mak saya tengah gendong baby Muqit... nak tengok gambarnya..

masa ni baru 1 bulan..
ni dah dekat 2 bulan lebih
sukanya dia...
alah muka sedihnya...
saya suka sangat dengan baby.. rasa nak cium dan peluk je baby setiap hari tapi saya kan belajar kena balik asrama.. time cuti je dapat jumpa baby muqit... rasa sedih pula.. T_T
p/s: Hari selasa dah nak balik Perak... bye bye Pasir Gudang.. hai hai Ipoh..
Subscribe to:
Posts (Atom)